MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, June 11, 2020

Sipnosis Buku : Bahasa Dan Kanak-Kanak Autisme

Sipnosis Buku : Bahasa Dan Kanak-Kanak Autisme

Pengarang : Puteri Roslina Abdul Wahid, Nurul Haniza Samsudin
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN : 978-983-69-1224-6

Sipnosis :
Buku Bahasa Dan Kanak-Kanak Autisme merupakan usaha penulis memaparkan sekelompok kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian khusus dalam membentuk generasi anak muda demi pembangunan negara bangsa yang utuh. Kandungannya merangkumi perbincangan tentang pemerolehan bahasa ekspresif didefinisikan sebagai output bahasa, iaitu cara seseorang meluahkan keinginan melalui bahasa lisan atau tulisan. Perbincangan dalam pemerolehan bahasa ekspresif melibatkan penggunaan sistem bunyi (fonologi), kebolehan memilih kata (morfologi), kebolehan menyusun ayat (sintaksis), pengetahuan tentang makna perkataan (semantik) dan kebolehan menggunakan bahasa untuk tujuan sosial (pragmatik).

Sementara itu, bahasa reseotif pula bermaksud input bahasa, iaitu kefahaman tentang sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang lain. Kefahaman dalam bahasa reseptif dikaitkan dengan perkataan dan gerak isyarat. Penguasaan bahasa reseptif turut melibatkan keupayaan mentafsir soalan, konsep dan bentuk tatabahasa yang kompleks. Selain itu, keupayaan menulis juga dikaitkan dengan keupayaan bahasa reseptif. 

Buku ini amat sesuai dijadikan panduan terutamanya kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak autisme, para guru, pengkaji bahasa dan pembaca umum yang ingin mengetahui tentang perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak autisme. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia