MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, June 9, 2020

Sipnosis Buku : Takluk Hati Pasangan

Sipnosis Buku : Takluk Hati Pasangan


Pengarang : Prof Madya Dr. Mohd Nor Mamat
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0389-8

Sipnosis : 
Setiap kita inginkan hidup yang bahagia. Kasih sayang adalah fitrah yang wujud dalam diri, kitalah pemegang kunci sama ada untuk menyuburkannya ataupum menguburkannya. Mengenali fitrah diri menjadikan kita insan sebenar, memahami fitrah diri diri memandu kita kepada kebahagian dan menghayati fitrah diri mengajar kita menjadi lebih matang dengan ujian Ilahi. 

Melayari hidup bersama adalah suatu perkongsian dua jiwa, dua hati dan dua fitrah berbeza. Kita berkomunikasi dengan manusia, bukannya robot yang boleh dibaiki atau diganti apabila tidak menepati kehendak diri. Berhentilah bermimpi untuk memiliki pasangan yang sempurna dan memenuhi segala keinginan kita sedangkan kita sendiri tidak mampu menjadi sempurna dan memenuhi setiap impian pasangan.

TAKLUK HATI PASANGAN membawa kita begitu dekat dengan setiap masalah yang dikupas dan menyedarkan kita betapa rahsia penyelesaiannya ada pada diri. Apabila rahsia tersingkap, matlamat bahagia yang dicari dapat diraih. Jadilah pasangan yang bijak menyelesaikan masalah, bukannya sentiasa menimbulkan masalah. Kenali, fahami dan tawanlah hati pasangan dengan cinta kerana itulah resipi keserasian hubungan.

Antara kandungan menarik :-
  • Elaklah Jadi Derhaka
  • Bahagia Itu Milik Kita
  • Beramal Dan Berdoalah
  • Sayang, Hormatlah Sikit
  • Abang, Romantiklah Sikit
  • Pilihlah Jalan Kebahagiaan
  • Air Bah, Pantai Kan Berubah
  • Pengaruhi Minda, Takluki Hati
  • Hargai Fitrah Hubungan Indah
  • Bahagia @ Derita, Kunci Di Tangan Kita

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia