MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, June 4, 2020

5 Masalah prostat yang kerap diabaikan



Berbanding dengan wanita, lelaki mempunyai organ hubungan intim yang cukup kuat. Malah alat sulit mereka ini sangat kuat untuk menahan beberapa jenis penyakit. Tetapi perlu diingat, kebanyakan lelaki mempunyai keadaan kesihatan yang berbeza-beza dan sesetengah penyakit dikaitkan dengan prostat. Jadi untuk mengelakkan masalah ini, jangan abaikan jika mengalami masalah ini pada prostat anda.

Darah pada air kencing
Umumnya, air kencing mempunyai warna jernih yang kekuning-kuningan. Jika air kencing anda mengeluarkan warna merah seperti bercampur dengan darah, kemungkinan ada masalah pada prostat ayau ginjal. Kalau anda mengalami masalah seperti ini, segera lakukan pemeriksaan kesihatan, bimbang ia akan bertambah buruk.

Rasa perit
Keadaan ini boleh terjadi pada bahagian di luar atau dalam alat sulit. Jika berlaku di bahagian luar, kemungkinan ada jangkitan akibat bakteria atau gesekan dengan pakaian. Keadaan ini mudah untuk disembuhkan, walaupun ia meninggalkan kesan bekas luka pada alat sulit. Selain itu, rasa perit pada alat sulit juga boleh disebabkan oleh jangkitan saluran kencing.

Bengkok dan tidak normal
Salah satu masalah yang tidak boleh dibiarkan adalah apabila keadaan alat sulit yang membengkok. Jika alat sulitt anda bengkok dan disertai dengan rasa sakit ketika ereksi, ini bermakna anda mengalami gangguan kesihatan dan berisiko terkena Peyronie.

Timbul kutil
Kutil pada bahagian prostat atau sekitar skrotum boleh terjadi kerana ada jangkitan HPV. Walaupun ia tidak memberi kesan tetapi HPV boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser serviks pada pasangan.

Ada bisul
Bisul yang muncul pada prostat boleh terjadi bila lelaki malas untuk tukar seluar dalam dan malas membersihkan  alat sulit. Salah satu yang penyebab lain terjadinya tumbuh bisul kerana kanser testis. Jika anda ada bisul dan disertai dengan rasa sakit, segeralah membuat pemeriksaan kesihatan. 

*Sumber daripada Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia