MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, February 13, 2013

Tips Keselamatan Sebelum Keluar Rumah


RUANGAN DALAM RUMAH

Bilik Mandi
a) Plug alat tersebut mestilah sudah ditanggal dari soket.
  • Pengering Rambut
  • Pencukur Elektrik
b) Tutup suis alat-alat ini.
  • Pemanas Air
  • Lampu
Bilik Tidur
a) Plug alat tersebut mestilah sudah ditanggal dari soket.
  • Radio
  • Televisyen
  • Pemain Video Game
  • Seterika
  • Pengering Rambut
  • Komputer
  • Penyedut Hampagas
b) Tutup suis alat-alat ini.
  • Kipas
  • Penyaman Udara
  • Lampu Siling / Lampu Dinding / Lampu Meja

Dapur
a) Plug alat tersebut mestilah sudah ditanggal dari soket
  • Cerek Elektrik
  • Ketuhar 
  • Pengisar 
  • Alat Pembakar 
b) Tutup suis alat-alat ini. 
  • Lampu
  • Kipas Penyedut 
  • Kipas 
c) Pastikan alat-alat ini disimpan dengan baik
  • Tong Gas
  • Kerosin ( Minyak Tanah ) 
  • Mancis atau Pemetik Api

Ruang Tamu
a) Plug alat tersebut mestilah sudah ditanggal dari soket
  • Televisyen
  • Radio 
  • Pemain CD atau DVD 
  • Penyaman Udara
  • Kipas mudah Alih 
b) Tutup suis alat-alat ini
  • Lampu Dinding
  • Lampu Siling 
  • Kipas Siling atau Dinding


RUANGAN LUAR RUMAH

Kawasan Simpanan ( Stor)
a) Tutup suis alat-alat ini
  • Lampu
b) Pastikan ianya disimpan dengan baik
  • Perkakasan Pertukangan 
  • Bahan mudah terbakar 
  • Mancis atau Pemetik Api

Laman Luar / Kebun
a) Plug alat tersebut mestilah sudah ditanggal dari soket.
  • Alat Pembakar
b) Tutup suis alat-alat ini.
  • Lampu
  • Kipas 
c) Pastikan alat-alat ini disimpan dengan baik
  • Tong Gas
  • Kerosin ( Minyak Tanah ) 
  • Mancis atau Pemetik Api

Tips Tambahan
  1. Beritahu jiran untuk memaklumkan yang kita keluar daripada rumah atas urusan tertentu, seperti balik ke kampung ataupun bermalam di rumah saudara mara. 
  2. Pastikan pintu gril dikunci dengan betul dan selamat.
  3. Pastikan alat penggera keselamatan berfungsi dengan baik. 
  4. Semua sampah telah dibuang.
  5. Semua pintu bilik telah ditutup.
  6. Seminggu sebelum bercuti, kita hendaklah membuat perancangan keselamatan awal bagi memastikan rumah dan harta benda yang akan kita tinggalkan berada dalam keadaan selamat. 
  7. Perancangan keselamatan yang bijak akan membolehkan kita menghabiskan cuti kita dengan lebih selesa dan tenteram. Selain itu, kita dapat memastikan tiada bencana akan berlaku kerana kelalaian kita. 
  8. Kita bertanggungjawab terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang kita tinggalkan semasa bercuti.Harta benda yang ditinggalkan dalam keadaan yang tidak selamat boleh mendatangkan kerugian dan bahaya kepada kita dan jiran-jiran yang berdekatan. 
  9. Contohnya kita hendaklah memastikan semua peralatan elektrik seperti ketuhar ditutup suisnya dan dan plugnya dicabut sebelum kita meninggalkan rumah. 
  10. Ini akan dapat mengelakkan kemungkinan berlakunya kejadian yang boleh mendatangkan bahaya kebakaran.
  11. Selain itu, kita juga hendaklah memastikan semua barangan elektrik yang berada di luar persekitaran rumah berada dalam keadaan tertutup suis dan plugnya ditanggalkan untuk mengelakkan sebarang bahaya kebakaran. 
  12. Senarai semakan berikut membantu anda memastikan yang anda meninggalkan rumah dengan selamat. Pastikan anda sudah membuat pemeriksaan sebelum meninggalkan rumah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia