Penggunaan alat-alat kebersihan mulut
telah bermula semenjak berabad-abad lalu. Bermacam peralatan sederhana
digunakan untuk membersihkan mulut mereka dari sisa-sisa makanan, mulai
dari tusuk gigi, batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang
haiwan hingga duri landak. Diantara peralatan tradisional yang mereka
gunakan dalam membersihkan mulut dan gigi adalah kayu siwak atau chewing
stick.
Miswak / Siwak (Chewing Stick) telah
digunakan oleh orang Babylon semenjak 7000 tahun yang lalu, yang mana
kemudian digunakan pula di zaman kerajaan Greek dan Rom, oleh
orang-orang Yahudi, Mesir dan masyarakat kerajaan Islam. Siwak mempunyai
nama-nama lain dalam setiap komuniti, seperti di Timur Tengah disebut
dengan miswak, siwak atau arak, di Tanzania disebut miswak, dan di
Pakistan dan India disebut dengan datan atau miswak.
Istilah siwak sendiri pada kenyatannya
telah umum digunakan selama masa kenabian Nabi Muhammad yang memulakan
misinya sekitar 543 M. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda: “Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya akan
kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan solat (dalam riwayat
lain: setiap kali berwudhu’).”
Kajian yang dilakukan oleh Erwin dan
Lewis (1989) menyatakan bahawa pengguna siwak mempunyai relativiti yang
rendah dijangkiti kerosakan dan penyakit gigi walaupun mereka mengambil
bahan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
Al-Lafi dan Ababneh (1995) melakukan
kajian terhadap kayu sugi dan melaporkan bahawa siwak mengandungi
mineral-mineral-mineral yang dapat membunuh dan menghalang pertumbuhan
bakteria, mengikis plaque, mencegah gigi berlubang serta memelihara
gusi.
Siwak mempunyai kandungan kimia yang bermanfaat, termasuk:
Siwak mempunyai kandungan kimia yang bermanfaat, termasuk:
Antibacterial Acids, seperti
astringents, abrasive dan detergent yang berfungsi untuk membunuh
bakteria, mencegah jangkitan, menghentikan pendarahan pada gusi.
Penggunaan kayu siwak yang segar pertama kali, akan terasa agak pedas
dan sedikit membakar, kerana terdapat kandungan serupa mustard yang
merupakan bahan antibacterial acid tersebut.
Kandungan kimia seperti Klorida,
Pottasium, Sodium Bicarbonate, Fluorida, Silika, Sulfur, Vitamin C,
Trimetilamin, Salvadorin, Tannin dan beberapa mineral lain yang
berfungsi untuk membersihkan gigi, memutihkan dan menyehatkan gigi dan
gusi. Bahan-bahan ini sering diekstrak sebagai bahan penyusun pasta
gigi.
Minyak aroma alami yang memiliki rasa dan bau yang segar, yang dapat menyegarkan mulut dan menghilangkan bau tidak sedap.
Enzim yang menghalang pembentukan plak yang merupakan penyebab radang gusi dan penyebab utama tarikhnya gigi secara prematur.
Anti Decay Agent (Zat anti pembusukan)
dan Antigermal System, yang bertindak seperti Penicilin menurunkan
jumlah bakteri di mulut dan mencegah terjadinya proses pembusukan. Siwak
juga turut merangsang pengeluaran saliva, dimana saliva sendiri
merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.
El-Mostehy dkk (1998) melaporkan bahawa
tanaman siwak mengandung zat-zat antibakterial. Darout et al. (2000)
Melaporkan bahawa antimikrobial dan kesan pembersihan pada miswak telah
ditunjukkan oleh variasi kandungan kimia yang boleh dikesan pada
ekstraknya.
Menurut hasil kajian Gazi et al. (1987)
ekstrak kasar batang kayu siwak pada ubat gigi yang dijadikan cecair
kumur, dikaji sifat-sifat antiplaknya dan kesannya terhadap komposisi
bakteria yang membentuk plak dan menyebabkan penurunan bakteria gram
negatif batang.
Penyusun (2005) di dalam skripsi yang
berjudul “Pengaruh Ekstrak Serbuk Kayu Siwak (Salvadora persica)
Terhadap Pertumbuhan Bakteria Streptococcus mutans Dan Staphylococcus
aureus Dengan Kaedah Difusi Lempeng Agar” mendapati bahawa ekstrak
serbuk kayu siwak bersifat antibakterial sedang terhadap bakteria S.
mutans dan S. aureus.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...