1. Rancang Dari Awal
Bilakah masa yang sesuai untuk pasang lampu? Menurut Lai, pemilik
rumah digalakkan memasang lampu seawal mungkin, sebelum kerja
pemasangan kemasan lain di rumah, seperti siling dan pendawaian.
Maksudnya, pemilihan jenis lampu perlu dipilih sebelum anda
berpindah masuk lagi, bukan ketika berpindah atau telah berpindah masuk.
Ini bagi mengelakkan daripada risiko atau kos yang besar ketika kerja
pemasangan lampu.
2. Jenis Lampu Yang Sesuai
Bagaimanakah memilih jenis lampu yang sesuai? Pemilihan jenis
lampu pastinya harus disesuaikan mengikut konsep penataan interior ruang
tamu anda. Terdapat beberapa jenis pilihan lampu yang sesuai mengikut
konsep penataan terkini seperti moden kontemporari, tropika Bali, klasik
atau inspirasi etnik. Jika ruang tamu anda berkonsep moden
kontemporari, jangan pula pilih lampu berkonsep tropika!
3. Gantung atau Mounted?
Jika berkunjung ke kedai lampu, pasti dilema ini yang kerap bermain di
fikiran anda. Lazimnya, terdapat dua jenis lampu yang ada di pasaran,
iaitu lampu jenis gantung, sama ada candelier atau pendant dan mounted,
iaitu jenis lekapkan siling (ceiling fixtures), pencahayaan trek (track lighting) atau recessed lighting. Pemilihan
jenis lampu ini sebenarnya disesuaikan dengan ketinggian siling
dari lantai dan fungsi ruang. Bagi ruang tamu, jika memiliki ketinggian
siling yang tinggi sekitar 10 kaki ke atas, lampu jenis gantung boleh
digunakan. Selain itu, jika inginkan jom pilih lampu! Sebagai ruang
sosial utama di rumah, penataan pencahayaan yang betul perlu diwujudkan
agar dapat menghidupkan suasana ruang yang mesra tetamu selain
meningkatkan fungsi ruang. Ayuh ubah lampu di ruang tamu anda dengan
bantuan perunding pencahayaan dari Tropical Home & Lighting, Lai
Heng Sieng.
4. Bulb Yang Sesuai
Pastinya, selepas memilih jenis lampu, mentol atau bulb juga
penting dalam menghidupkan suasana pencahayaan diingini selain jenis dan
reka bentuk lampu itu sendiri. Kini terdapat pilihan jenis bulb yang biasa digunakan seperti lampu pendarfluor (fluorescent), mentol pijar (incandescent),
halogen atau LED. Hakikatnya, kesemua jenis bulb ini mampu menghasilkan
kesan pencahayaan yang indah bagi ruang tamu, namun bergantung pada
kehendak dan cita rasa anda. Menurut Lai, lazimnya, untuk menghidupkan
suasana ruang tamu yang cosy, lampu jenis incandescent digunakan bagi
menghasilkan cahaya warna kuning yang lebih lembut dan tenang.
Setelah seharian bekerja di pejabat yang menggunakan lampu general
lighting warna putih, pastinya suasana ruang tamu yang cosy dengan pencahayaan kuning adalah apa yang anda perlukan. Elakkan penggunaan lampu jenis LED yang kurang sesuai bagi ruang ini.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...