MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, July 4, 2012

Windows XP dan Panduan Meningkatkan Prestasinya




Untuk siri kali ini saya membawa anda semua terutamanya bagi pengguna Windows XP memahami tentang Memori Maya atau Virtual Memory dan Kesan Visual XP secara lebih terperinci dan memberi panduan mengenai cara-cara untuk mendapatkan prestasi XP yang lebih tinggi.

Ramai yang tidak tahu fungsi Memori Maya. Jadi saya akan ceritakan serba sedikit mengenainya. Untuk mengekalkan prestasi tinggi XP memerlukan memori yang mencukupi untuk beroperasi. Apa yang pasti, kapasiti memori fizikal (RAM) yang rendah menyebabkan operasi PC menjadi perlahan atau tidak gagal mencapai prestasi lebih tinggi. Apabila tahap memori sistem menjadi rendah atau berkurangan, maka XP akan memulakan suatu proses yang dinamakan “paging”. Proses ini membabitkan pemindahan blok-blok atau laman-laman (page) data yang keluar daripada memori fizikal kepada  cakera keras.

Biasanya memang ada ruang kecil “paging” pada kebanyakan PC dan ia tidak patut dielak. Namun, ruang “paging” berlebihan boleh menyebabkan masalah digelar “thrashing”. Ini boleh dielak dengan menambah memori fizikal atau mengubah ketetapan memori maya pada sistem. Secara automatik, XP mencipta fail “paging” pada pemacu dipasang. Untuk melihat fail ini, pastikan XP dikonfigurasi supaya menayang fail tersorok dan fail sistem.

Caranya, buka Windows Explorer, klik Tools, Folder Options dan klik v\View. Dalam tetingkap Advanced Settings, tandakan pilihan “Show Hidden Files And Folders”, dan jangan tandakan pilihan “Hide protected operating system files (Recommended)”. 

Sekiranya pemacu C: diakses, akan muncul fail PAGEFILE.SYS. Biasanya XP menenmpatkan fail ini pada pemacu C:. Namun jika tiada ruang yang mencukupi pada pemacu C:, maka fail ini boleh ditempatkan pada pemacu lain. Jadi, ruang terhad pada pemacu C: boleh dijimatkan.

XP telah menetapkan saiz minimum fail PAGEFILE.SYS sehingga  1.5 kali ganda daripada jumlah memori fizikal yang dipasang pada sistem. Manakal saiz maksimum ditetapkan secara automatik sebanyak 3 kali ganda nilai memori. Contohnya jika PC memiliki Ram 128MB, maka XP menetapkan saiz fail “paging” di antara 192MB dan 384MB. Jika RAM sebanyak 512MB dipasang, maka saiz fail “paging” yang diberikan sistem ialah di antara 768MB dan 1536MB. Tetapi, saiz sebesar ini boleh membazirkan ruang cakera keras.

Untuk panduan semua, Windows XP memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan prestasi lebih tinggi mengikut keperluan mereka. Sehubungan itu, XP menyediakan akses kepada banyAk pilihan konfigurasi yang boleh diubahsuai. Artikel ini akan memberikan panduan mengenai cara-cara untuk mendapatkan prestasi XP yang lebih tinggi. Dua cara yang popular ialah mengubah pengurusan memori dan pemboleh ubah sistem menu. Dengan kata lain menerusi proses pengoptimaan memori maya dan mengubah ketetapan kesan visual XP.

Proses pengoptimaan memori maya melibatkan saiz fail PAGEFILE>SYS yang menyimpan memori maya dalam cakera keras. Saiz fail memori maya ini perlu diubahsuai kerana ia berkaitan dengan jumlah aplikasi yang beroperasi serentak dalam sistem. Anda boleh membiarkan XP menentukan sendiri saiz fail tersebut. Selain itu, anda boleh menukar atau menetukan saiz yang optimum, sesuai dengan keperluan semasa anda. Jika sistem anda beroperasi tanpa fail PAGEFILE.SYS ini, maka anda perlu menyediakan ruang untuknya.

Selain menetapkan memori maya, satu lagi cara untuk melonjak prestasi XP ialah mengubahsuai ketetapan pemuka grafik atau kesan visual, agar ia tidak membebankan sumber sistem. Biarpun pilihan paling optima boleh melonjak prestasi, namun penampilan Windows nampak klasik atau warnanya kurang menarik. Jika demikian, anda boleh mengekalkan penampilan XP yang masih menarik tetapi mematikan beberapa elemen grafik atau pilihan kesan visual yang tidak perlu dan boleh mempengaruhi  (mengurangkan) prestasi sistem.

Cara mengoptima memori maya
            Fail “paging” untuk memori maya dalam sistem XP dinamakan PAGEFILE.SYS. Saiznya boleh diubahsuai menerusi beberapa langkah di bawah ini. Untuk prestasi sebaik mungkin, adalah lebih baik jika mempunyai “partition” memori maya pada setiap pemacu. Apabila andaa menentukan saiz fail PAGEFILE.SYS pada setiap pemacu keras, langkah terbaik ialah menetapkan saiz Fail ini sebanyak 1.5 kali ganda memori fizikal dalam sistem. Untuk mengoptimakan memori fizikal dan memori maya, ikuti beberapa langkah di bawah:
ü      Dwi klik pada ikon System dalam Control Panel dan kotak dialog System Properties akan muncul.
ü      Klik pada kategori Advanced di bahagian atas kotak dialog System Properties.
ü      Dalam segmen Performance pada kategori Advanced klik pada Settings. Kotak dialog Performance Options akan muncul.
ü      Klik kategori Advanced pada kotak dialog Perforamance Options dan tiga kategori kandnungan terpapar. Processor scheduling, Memory usage, dan virtual memory.
ü      Cuba perhatikan di bawah paparan Advanced, ada butang untuk menentukan saiz fail “paging” memori maya. Klik pada butang Change dan kotak dialog Virtual Memory akan dipaparkan.
ü      Tujuan kotak dialog ini ialah untuk menentukan saiz fail “paging” yang digunakan sistem. Anda boleh memilih untuk tidak menyediakan fail “paging” dengan menanda pilihan “No paging file”. Meskipun pilihan ini menjimatkan ruang cakera, ia boleh mempengaruhi keseluruhan prestasi sistem. Pilihan yang terbaik di sini ialah “System managed size” kerana XP menghitung saiz fail “paging” maya yang sesuai. Menerusi pilihan “Custom Size”, anda boleh menentukan saiz permulaan dan saiz maksimum fail “paging” dalam ruang tersedia. Selepas menetapkan pilihan tadi, anda perlu menekan butang set.
ü      Klik OK untuk menutup kotak dialog Virtual Memory dan dua kotak dialog yang terdahulu.
ü      Boot semula sistem dan PAGEFILE.SYS akan dicipta. Anda akan mendapati fail ini muncul dalam partition, seperti yang ditetapkan dalam kotak dialog Virtual Memory. Kini sistem patut boleh beroperasi dengan lebih efisyen, terutamanya apabila beberapa aplikasi beroperasi/dijalankan serentak.

Mengubahsuai kesan visual
            Ramai pengguna sudah terbiasa dengan penggunaan dan penampilan grafik XP sejak versi ini dikeluarkan. Penampilan pemuka grafik XP juga semakin canggih dan menyeluruh, contohnya skema warna dan kesan bayang. Ciri-ciri seperti ini perlukan banyak sumber sistem. Jadi, langkah mengurangkan tahap penampilan pemuka grafik XP boleh menjimatkan sumber dan melonjak prestasi aplikasi keseluruhan dan rangkaian. Langkah berikut boleh meningkatkan prestasi XP dengan mengurangkan kesan visual yang ditawarkannya.
ü      Pilih System Tool dalam Control Panel dan kotak dialog System Properties akan muncul.
ü      Klik kategori Advanced pada kotak dialog System Properties.
ü      Klik butang Settings pada bahagian Performance dalam kotak dialog tadi. Kotak dialog Performance Options muncul dan bahagian Visual Effects terus ditandakan. Kotak dialog ini menyediakan 4 piliah untuk dipilih : Let Windows choose what’s best for my  computer, Adjust for best appearance, Adjust for best performance, dan Custom. Pilih Adjust for best performance dan klik butang Apply.

Perhatian : Sistem memerlukan masa beberapa ketika untuk menetapkan semula skema warna XP. Kebanyakn warna pemuka XP kini telah bertukar menjadi kelabu, namun prestasi sistem XP ternyata lebih pantas.
ü      Klik OK. Kini penapilan grafik sistem XP telah dikonfigurasi untuk prestasi tertinggi.
Jika ketetapan tadi tidak sesuai, anda boleh menetapkan sendiri prestasi sistem menerusi langkah berikut:
ü      Dalam kategori Visual Effects pada kotak dialog Performance Options tadi, pilih Custom.
ü      Kemudian, jangan tanda pilihan-pilihan di bawah ini untuk mengekalkan kembali penampilan menarik XP (yang menggunakan warna asalnya). Pada masa yang sama prestasi sistem dapat dipertingkatkan.
ü      Animate windows when minimizing and maximizing.
ü      Fade in taskbar
ü      Fade or slide menus into view
ü      Fade or slide ToolsTips into view
·        Fade out menu items after slicking
·        Show shadows under menus
·        Show shadows under mouse pointer
ü      Show translucent senction rectangle
ü      Show window contents while dragging
ü      Slide open combo boxes
ü      Slide taskbar buttons
ü      Use drop shadows for icon labels on the desktop
ü      Klik Apply kemudian OK, kini penampilan XP masih menarik manakala prestasinya melonjak.

Saya harap anda semua dapat mempraktikkan sedikit ilmu ini bagi meningkatkan prestasi Windows XP yang anda sedang gunakan sekarang. Harap mencuba!

2 comments:

  1. TAMBAHAN - Mengubah Windows XP menjadi bahasa Melayu
    Cek ke http://adf.ly/B4X8I
    (Memerlukan Windows XP asli, bukan bajakan)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info tambahan anda.. Untuk pengetahuan, entri di atas saya copy paste daripada sebuah majalah komputer. Terima kasih...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia