MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, July 10, 2012

Tingkat Jangka Hayat Tayar



Tayar komponen terpenting dalam memberi keselamatan kepada kereta. Penjagaan tayar pula memberi impak dalam kos penyelenggaraan kereta. Kos penyelenggaraan kereta sangat mahal tanpa mengira jenama dan model. Jadi, amat penting mengetahui beberapa panduan penjagaan untuk memanjangkan jangka hayat tayar kereta. Pertama, anda perlu tahu ada panduan mudah untuk dipatuhi jika ingin menjaga tayar supaya tahan lebih lama. Tetapi jangka hayat tayar kereta boleh tahan lama bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut :
  • Jenis permukaan jalan raya bagi laluan pemanduan anda setiap hari.
  • Suhu kepanasan jalan raya – ia membuatkan tayar cepat haus.
  • Penjagaan dan penyelenggaraan semua bahagian komponen kereta yang lain.
  • Bagaimana anda menjaga semua tayar kereta anda.
Keadaan jalan yang tidak dijaga menyebabkan kenderaan kita menerima tekanan dan ia membuatkan kos penyelenggaraan kereta meningkat. Dalam hal ini, kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana semua itu bergantung kepada pihak yang terbabit dengan penjagaan dan penyelenggaraan jalan. Cuma sebagai pengguna, elakkan melalui jalan yang diketahui rosak atau sedang dalam pembaikan. Jika terpaksa juga melaluinya, pandu dengan berhati-hati dan perlahankan kenderaan.

Oleh itu, kita perlu menjadi pemandu bijak jika tidak mahu kos penyelenggaraan kereta meningkat.Keadaan keseluruhan kereta penting untuk memainkan peranannya supaya tayar berfungsi dengan baik. Oleh itu, ketika menukar tayar baru anda dinasihatkan membeli jenama, model dan saiz yang betul. Ia penting kerana jika anda membeli tayar berlainan saiz ia memberi impak meningkatkan penggunaan petrol kereta. Saiz tayar yang salah meningkat kos penyelenggaraan kenderaan anda. Jadi, gunakan saiz yang betul.

Corak pemanduan seseorang boleh mempengaruhi jangka hayat tayar. Gaya pemanduan kasar seperti kerap memecut dan menekan brek membuatkan tayar cepat haus. Kenderaan yang kerap kali memecut di jalan yang tidak rata dan berlubang akan mengalami pemanduan yang susah dikawal. Jika ini berlaku, pemandu perlu menghantar kereta untuk penjajaran tayar yang disyorkan sebanyak dua kali atau lebih dalam setahun. Penjajaran tayar penting untuk mengekalkan jangka hayat tayar kereta. Kereta yang mempunyai masalah penjajaran (alignment) akan mengakibatkan tayar mengalami kehausan tidak sekata. Selain penjajaran, anda perlu melakukan putaran tayar (balancing) seperti disyorkan dalam manual kereta. Putaran dilakukan supaya semua empat tayar mengalami kehausan sekata.

Mekanik akan menukar kedudukan tayar jika semua tayar bersaiz yang sama supaya penggunaannya sekata. Ini boleh meminimumkan kos penyelenggaraan kereta setiap bulan. Pada setiap tayar, jumlah tekanan angin maksimum tertera pada dinding tayar. Anda tidak digalakkan mengisi tekanan angin dengan kadar maksimum kerana ketika memandu, tahap suhu tayar meningkat dan pasti akan meningkatkan tekanan angin tayar.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia