MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, July 6, 2012

Pemeriksaan Berkala - Elak Terkandas

SAMA ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah prestasi serta keselamatannya. Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli,membolehkan kita mengesan kerosakan.

Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinasihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala. Dapatkan nasihat Bari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang.

Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti. Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak berfungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh. Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan menyelenggaraan dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya.

Ramai yang tidak mengambil berat untuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukannya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku.

Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendiri, seperti bunga dan tekanan angin tayar, tahap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan angin tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar tidak seimbang, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, akan lebih lama membolehkan kita menjimatkan kos.

Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian enjin, terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri.Jika tahap minyak pelincir berkurangan,periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna.

Begitu juga dengan cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak.

Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah, termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk, ia menjadi panas dan terbakar. Air dalam radiator perlu diperiksa selalu kerana is amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas, terutama ketika kesesakan lalu lintas.

Pastikan anda mengganti minyak gear, sama ada manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatannya lalu gagal melindungi geseran komponen gear.
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia