MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, July 11, 2012

Perancangan rapi sebelum beli perabot

 

BAGI pasangan yang baru berpindah ke rumah baru, inilah masa terbaik untuk menghias rumah mengikut cita rasa anda. Lazimnya jika berpindah, semua barang terutama perabot akan dibawa bersama. Jika merancang membeli perabot baru, pastikan membuat pilihan terbaik dan buatlah perancangan rapi.
Tanyakan soalan berikut kepada diri sendiri:
  • Apakah perabot yang hendak diganti dan apa yang perlu dikekalkan?.
  • Adakah anda benar-benar memerlukan perabot baru atau anda boleh membaiki perabot lama dengan menukar beberapa bahagian rosak dan mengecatnya semula?
  • Paling penting, masih adakah ruang untuk perabot baru? Di sini diberikan beberapa panduan yang dapat membantu membeli perabot idaman:
  • Kunjungi beberapa kedai untuk membuat perbandingan harga dan reka bentuk.
  • Pastikan kesesuaian perabot terutama dari segi ukuran, reka bentuk dengan tema hiasan rumah anda.
  • Cuba dulu sebelum beli terutama sofa atau kerusi. Duduk di atasnya,bersandar, menggoncang dan ketuk bahagian tertentu untuk menguji keselesaannya.
  • Jika dapat, terbalikkan perabot itu dan periksa jika ada sebarang kerosakan pada semua bahagian belakang dan bawah terutama pada sambungan, jenis bahan yang digunakan dan ketahanannya. Jangan cepat berpuas hati dengan melihat bahagian depan saja.
  • Dapatkan maklumat daripada jurujual mengenai perabot yang ingin dibeli.
  • Periksa dengan teliti. Jika membeli rak, kabinet atau almari, pastikan sambungan pada pintu, laci dan para.
  • Periksa juga tombol atau pemegang pintu almari dan laci. Tentukan ia tidak mudah tertanggal.
  • Bagi perabot kayu, pastikan bahan yang digunakan sama ada kayu jati, meranti, merbau, getah dan semangkuk kerana setiap jenis kayu perlu disesuaikan kegunaan dan penjagaannya.
  • Perabot jenis lain juga perlukan penelitian ketika membeli. Jika memilih perabot logam, pastikan keadaannya baik dan sempurna terutama pada bahagian berskru.
  • Periksa jika ada karat, retak, calar, kesan cat tertanggal atau hilang skru.
  • Perabot aluminium lebih mahal daripada keluli. Ia ringan, tahan karat dan mudah dijaga, tetapi mudah tergores.
  • Perabot keluli tidak mudah terbakar dan tahan karat. Tetapi ia jarang dijadikan perabot.
  • Besi tahan karat dan tembaga biasanya dijadikan kaki perabot, alas duduk, alas tangan dan bingkai. Ia tidak memerlukan penjagaan rapi.
  • Untuk membeli sofa, periksa dulu rangka dan kaki sofa disambung dengan baik. Pilih fabrik yang baik dan pastikan ia dijahit rapi.
  • Kerusi kulit (sama ada kulit lembu atau kerbau jantan) biasanya akan bertambah lembut dan bersinar apabila lama digunakan. Bagaimanapun ia mudah bertukar warna jika terdedah kepada panahan matahari, berbau dan cepat berlumut jika tidak diguna. Untuk membersihkannya, gunakan pencuci kulit khas yang lembut dan sesuai.
  • Kerusi PVC harganya lebih murah, berkilat, kurang berbau, tidak mudah kotor, senang dibersihkan tetapi mudah terkoyak dan terbakar.
  • Perabot plastik ringan, mudah dialih dan dijaga. Ia juga mudah calar dan tampak murah. Buat beberapa ujian untuk menguji ketahanannya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia