MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, July 17, 2012

Sekilas....Sihat....


MINUM KOPI SELEPAS BERSUKAN. Menurut satu kajian, minum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangkan rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar. 

DUDUK TERLALU LAMA boleh menyebabkan sakit belakang ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. 

KAJIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENDAPATI, rakyat Malaysia mengambil gula kira-kira 125gram sehari atau 875gram seminggu iaitu lebih dua kali ganda daripada had disarankan iaitu 50gram atau tidak melebihi 10 camca teh. 

PENGAMBILAN GARAM BERLEBIHAN akan meningkatkan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar. 

PILIH BRA DENGAN BETUL. Kajian di Amerika Syarikat oleh Sidney Ross Singer dan Soma Grismaijer terhadap 4,700 wanita yang tercatat di dalam buku Dressed to Kill, pemakaian bra yang tidak betul juga berkait dengan risiko kanser payudara. 

ROKOK MEMBUNUH 5,000 RAKYAT MALAYSIA SETIAP TAHUN. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok. 

MASALAH KEGUGURAN RAMBUT sering dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70% lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif semakin lemah. 

KETAWA TERBUKTI DAPAT MENURUN ATAU MENGIMBANGKAN tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ia membantu untuk melancarkan peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung. 

HIJAU LENYAPKAN KELETIHAN. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia