MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, October 19, 2015

Amalan Lestari Di Rumah


  • Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Elakan dari menggunakan tisu kerana ianya tidak boleh digunakan semula serta menyumbang kepada penambahan sisa buangan domestik. 
  • Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang. Ini akan menggelakan pengguna dari perlu membeli bekas baru untuk menyimpan barangan serta dapat membantu untuk berjimat. 
  • Guna semula beg plastik membeli belah sewaktu keluar untuk membeli barangan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastik kerana ianya sukar untuk dilupuskan. 
  • Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga sehingga 70% serta makanan yang dimasak juga adalah sihat. 
  • Kumpulkan kertas / surat khabar yang tidak digunakan dan hantar ke pusat kitar semula. 
  • Jadikan bahan buangan organik sebagai baja kompos yang tinggi nutriennya. Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina yang berfungsi sebagai penghindar serangan serangga perosak. 
  • Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazir. Gunakan air yang diisikan ke dalam baldi untuk mencuci kereta 
  • Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatanya penuh. Air bilasan cucian boleh dikumpulkan semula dan gunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah. 
  • Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca lebel kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, pengunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50% . 
  • Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah boleh mengurangkan antara 25% sehingga 50% pengunaan air. 
  • Gunakan pancuran untuk mandi dan elakan mandi dengan menggunakan air takungan. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak 4 kali ganda. 
  • Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan sistem satu curahan, sistem dua curahan dapat mengurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50% 
  • Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan. 
  • Isikan air kedalam sinki untuk mencuci sayuran atau membasuh pinggan mangkuk. Ia akan menjimatkan 15 kali pengunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan. 
  • Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak elektrik selepas menggunakanya. Peralatan elektrik seperti television yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan standby mode selama 21 jam akan mengunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan standby mode. 
  • Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan kadar keamatan cahaya skrin televisyen. Apabila kadar keamatan cahaya skrin televisyen terlalu tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen juga akan berkurang. 
  • Gantikan mentol bercahaya pijar biasa dengan mentol berpendaflour padat dapat meenjimatkan sehingga 60% tenaga berbanding mentol cahaya pijar. 
  • Gunakan peti sejuk sebaiknya untuk menjimatkan tenaga. Nyah beku secara berkala dan elakan membuka peti sejuk dengan kerap. 
  • Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas. 
  • Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global. 
  • Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering. Ia dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan oleh mesin pembasuh untuk mengeringkan pakaian dan menjimatkan sebanyak 700 paun karbon dioksida dalam tempoh 6 bulan. 
  • Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan. 
  • Sokong dan bantu program kitar semula. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia