INTITUSI PEMBELAJARAN
Antara Guru dan pelajar
- Guru sentiasa mendidik murid-murid bukan sahaja dengan ilmu bahkan budi bahasa dan akhlak.
- Sekolah juga mesti mendidik disiplin yang membolehkan setiap pelajar berkelakuan baik.
- Ucapan " Selamat Pagi" dan "Assalamualaikum" merupakan amalan terbaik antara pelajar dan guru.
- Berdisiplin termasuk beratur dalam perhimpunan mingguan, masuk ke dewan, duduk dalam bilik darjah dan ketika bertemu guru dan Pengetua.
- Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral.
- Amalan budi bahasa boleh mengelakkan segala masalah sosial.
- Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral.
- Amalan budi bahasa boleh mengelakkan segala masalah sosial.
- Membiasakan diri mengucapkan salam atau sesama rakan pelajar dan rakan sebaya.
- Menghormati dan menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya.
- Tidak mengganggu suasana ketenangan belajar di kelas, perpustakaan, makmal dan di tempat-tempat lain.
INSTITUSI PERKHIDMATAN
Antara Ketua dan Anggota Yang Dipimpin
- Layanan yang baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra.
- Ketua harus mempunyai ketinggian budi bahasa dan nilai-nilai baik untuk diteladani orang bawahan.
- Menghormati anggota yang dipimpin serta menunjukkan sikap dan hubungan mesra.
- Baik sangka dan sedia menerima pandangan anggota yang dipimpin.
- Memberi teguran secara tertib, berhemah dan mematuhi peraturan.
- Ketua yang baik perlu adil dan saksama dalam membuat pertimbangan dan keputusan, tidak melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Antara Orang Yang Dipimpin dan Ketua
- Mematuhi arahan ketua.
- Sentiasa menepati masa untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.
- Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Antara Rakan Sekerja
- Saling menghormati antara satu sama lain untuk membina setia kawan yang erat dan teguh.
- Keakraban boleh melahirkan kemesraan dan rasa saling membantu dan tolong-menolong.
- Menunjukkan budi pekerti yang mulia, budi bahasa dan bertimbang rasa akan mewujudkan semangat kerja yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat dan misi organisasi.
- Mengamalkan sikap bermuafakat dalam melaksanakan tugas.
- Sentiasa menjaga kebersihan diri dan berpakaian kemas dan terurus.
- Menerima nasihat, tunjuk ajar dengan hati yang terbuka.
- Tidak menggunakan waktu dan kemudahan untuk urusan peribadi.
- Hormat-menghormati sesama rakan pejabat dengan percakapan yang sopan santun dan menunjukkan rasa hormat.
- Menggunakan bahasa dan gerak geri yang sesuai berdasarkan umur dan pangkat.
Sumber disunting : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia / Buku Kecil Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa BPDN
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...