MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, August 7, 2015

Tip Menjaga Kertas Dinding

Eva by Sissa Sundling - Sandberg

Kertas dinding memerlukan kos tinggi untuk pemasangan tetapi tahan lama jika penghuni tahu teknik pengendalian dan penjagaan sepatutnya.
 
1. Anti Detergen
Perlu diingatkan permukaan kertas dinding tidak boleh basah. Elakkan penggunaan bahan detergen dan agen pembersih lain agar warna dan corak kertas dinding tidak luntur. Lap debu dan kotoran melekat dengan kain mikro-fiber kering.
 
2. Melawan Kulat
Pembentukan kulat terjadi apabila udara kotor bersatu dengan permukaan lembap menjadikan bintik-bintik hitam atau lebih teruk ‘corak peta’ pada dinding. Campurkan sedikit air dan agen pembersih kertas dinding profesional dan lap kertas dinding sehingga keluar kulat.
 
3. Arang
Musuh utama kertas dinding adalah kelembapan. Anda boleh meletakkan beg arang di setiap pojok berdekatan sisi dinding untuk menyerap lebihan lembapan. Malah, arang juga berkesan menghapus bau di dalam rumah.
 
4. Uji Kaji
Jika tidak pasti kertas dinding anda boleh dicuci dengan air atau tidak, lakukan ujian kecil untuk memeriksa potensi keroasakan warna dan corak kertas dinding. Paling ideal ialah di bahagian bucu bawah dinding.
 
5. Hapuskan Habuk
Gunakan penyedut hampagas untuk membuang segala debu dan habuk atau mungkin sawang yang melekat di permukaan kertas dinding. Lebih selamat dan mudah!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia