Sempena menyambut hari kemerdekaan yang
sudah tidak lama lagi, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mempunyai
semangat kebangsaan dan patriotik terhadap cintakan negara. Pelbagai
program yang dirangka oleh pihak kerajaan seperti program kibar Jalur
Gemilang yang dilihat satu
usaha murni untuk menerapkan semangat cintakan negara sempena program
tersebut.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu ada
semangat cintakan negara kerana dengan penghayatan yang tinggi oleh
segenap lapisan masyarakat akan membawa kita kepada perjuangan pemimpin
yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan Malaysia. Justeru itu, kita
akan menjadi rakyat atau individu yang hormat kepada pemimpin dan
menghargai jasa dan pengorbanan yang telah di sumbangkan sehingga apa
yang ada pada hari ini dapat kita kecapi iaitu nikmat keamanan dan
kestabilan politik.
Kemerdekaan ini mempunyai makna yang sangat besar yang harus di fahami, dihayati dan dikenang dalam diri setiap rakyat negara ini supaya semangat cintakan negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia ini hadir dan dapat ditonjolkan imej patriotik tersebut. Dalam bulan kemerdekaan ini, setiap rakyat haruslah mengibarkan Jalur Gemilang iatu Bendera Malaysia sebagai simbolik terhadap penghormatan hari Kemerdekaan negara.
Oleh demikian,kita sebagai rakyat
Malaysia yang bijak dan mampu berfikir dengan baik perlu menerapkan
nilai patriotik dan semangat kebangsaan cintakan tanah air ini sebagai
perkara asas dalam hidup sebagai rakyat Malaysia. Justeru ini marilah
kita sama-sama menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan yang ke-58 bagi
Malaysia supaya apa yang telah kita kecapi hari ini dapat dikekalkan
demi kelangsungan generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...