Anak-anak zaman millineum ini memang amat pintar dalam hal-hal teknologi. Pada umur di mana kita dahulu mungkin cuma pandai bermain masak-masak atau membentuk tanah liat, seorang anak berumur dua tahun sekarang sudah pandai mengendalikan gajet seperti telefon pintar dan tablet untuk bermain aplikasi kegemarannya. Malahan ada yang sudah pandai mencari video kegemarannya di YouTube meskipun belum pandai mengeja.
Tidak dinafikan ada kesan positif hasil pendedahan kepada aplikasi-aplikasi tablet dan telefon pintar serta dunia Internet. Contohnya, aplikasi berasaskan pembelajaran, juga sesetengah permainan video, mengajar pengguna berfikir dengan bijak dan pantas. Namun jika anak-anak terlalu bergantung pada gajet, kesannya lebih banyak yang buruk berbanding baiknya. Jika anda rasa anak anda terlalu ketagihkan gajet, bertindak segera dengan mengurangkan penggunaan alat tersebut.
Digital Detox Cara Atasi Ketagihan Gajet
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan kepada gajet:
- Jauhkan mereka daripada segala gajet dan Internet untuk 72 jam, kecuali jika diperlukan untuk kerja sekolah.
- Bantu anak-anak melawan perasaan ketagih dengan menyediakan aktiviti-aktiviti lain untuk dilakukan, seelok-eloknya aktiviti yang tidak melibatkan elektronik termasuk menonton TV atau wayang.
- Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuk bersukan, luncur ais, membawa mereka ke taman tema permainan, menonton konsert, mandi sungai atau pantai, dan lain-lain aktiviti luar rumah. Lebih baik lagi jika ia sesuatu yang tidak pernah dilakukannya.
- Selepas 72 jam dan dilihat dia kurang bertanya tentang gajetnya, anda boleh memulangkan gajet kepada anak tetapi mesti dengan syarat yang ia hanya boleh digunakan untuk had masa tertentu dalam sehari.
- Sediakan jadual aktiviti seharian untuknya di mana ditekankan yang dia hanya dibenarkan bermain gajet usai melakukan kerja sekolah atau ulangkaji pelajaran, dan ia hanya untuk satu atau dua jam sehari.
- Pastikan tempat simpan gajet tidak mudah dicapai anak. Jauhkan ia dari tempat tidur anak agar ia bukan benda terakhir dilihatnya sebelum tidur dan benda pertama dicapainya apabila terjaga.
- Anda sendiri perlu mengurangkan interaksi dengan gajet anda sendiri, terutamanya ketika meluangkan masa bersama-sama keluarga contohnya semasa makan malam atau melakukan aktiviti hujung minggu kerana anda perlu menjadi contoh dan teladan terbaik buat anak.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...