Mempunyai matlamat yang jelas
Daripada penelitian yang abang lakukan, kebanyakan pelajar yang cepat
berasa bosan belajar di dalam kelas disebabkan mereka tidak tahu apa
yang mereka mahu capai. Kesannya, mereka belajar seperti ‘melepas batuk
di tangga’. Mulai sekarang, katakan pada diri sendiri, ‘Dengan izin
Tuhan, saya yakin dan percaya 5A dalam peperiksaan UPSR pasti menjadi
milik saya. Saya nampak slip keputusan peperiksaan yang bakal saya
peroleh tercatat semua A.”
Berkenalan dengan rakan-rakan sekelas
Tanamkan dalam diri adik-adik bahawa rakan-rakan sekelas adalah seperti
adik beradik sendiri. Oleh itu, berkenal-kenalanlah dengan rakan-rakan
sekelas. Dengan cara ini, perasaan saling mempercayai akan timbul dan
akan mewujudkan persaingan yang sihat untuk berjaya.
Membina hubungan yang baik dengan guru
Guru merupakan individu yang bertanggungjawab untuk membimbing
adik-adik belajar. Oleh itu, binalah hubungan yang baik dengan guru agar
segala ilmu yang dicurahkan diberkati. Seterusnya, menggapai kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan.
Menjadi pendengar yang baik
Salah satu kemahiran belajar di dalam kelas yang perlu adik-adik kuasai
ialah kemahiran mendengar. Dengan menjadi pendengar yang baik,
adik-adik dapat memahami pelajaran yang guru sampaikan dengan berkesan.
Sekaligus memudahkan adik-adik mengingat isi pelajaran tersebut.
Tidak malu untuk bertanya
Jika terdapat sebarang persoalan yang timbul sewaktu guru mengajar,
terus ajukan soalan tersebut kepada guru. Mungkin juga persoalan itu
akan menjadi soalan peperiksaan nanti. Oleh itu, jangan malu untuk
bertanya!
Keluarkan pendapat
Sekiranya guru memberi peluang untuk mengeluarkan pendapat sewaktu
beliau mengajar, jangan malu atau segan untuk mengeluarkan pendapat
adik-adik. Sekurang-kurangnya pendapat adik-adik dapat dikongsikan
dengan rakan-rakan sekelas. Istilah ‘malu’ tidak wujud. Bukankah
rakan-rakan sekelas diibaratkan seperti adik-beradik sendiri?
Melibatkan diri dengan aktiviti kelas
Pembelajaran di dalam kelas akan lebih seronok sekiranya aktiviti yang
guru adakan disertai oleh pelajarpelajar. Oleh itu, libatkan diri secara
aktif dengan aktiviti pembelajaran yang guru adakan. Contohnya,
perbincangan kumpulan dan kerja amali. Cara ini sebenarnya, dapat
mengukuhkan pemahaman dan ingatan adik-adik terhadap sesuatu pelajaran.
Akhir kata daripada abang, “Amal jangan tidak amal petua ini. Dengan
izin Tuhan, seronok belajar di dalam kelas dan tiada istilah bosan
belajar.”
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...