MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, March 6, 2013

Tip Dekorasi : Cat Siling


Ruang Tamu
5 Panduan mengecat sebelum dan selepas

1. Pastikan ruang diperiksa dan semua kesan yang tidak sepatutnya diperbetulkan untuk mendapatkan liputan sekatan dan tahan lebih lama.

2. Sekiranya terdapat lubang dan juga rekahan pada siling, tampallah cela tersebut terlebih dulu
menggunakan bahan penampal dan gunakan kertas pasir pada bahagian yang ditampal agar
permukaannya sama rat.

3. Gunakan penampal cat yang dikhaskan untuk bekas lubang ketukan paku.
4. Mulakan dengan mengecat siling terlebih dahulu bagi mengelakkan cat menitik
5. Cat mengikut lebar yang lebih pendek antara langkah bijak dalam membuahkan hasil yang lebih
sekata.


Bagaimanakah mengecat siling ala profesional?

1. Perkakasan tepat dan lengkap. 
Tatkala ingin menjalankan aktiviti mengecat, penyediaan barangan mengecat juga perlu dititikberatkan. Sediakan roller yang dilengkapi pemegang bagi membantu anda memudahkan aktiviti mengecat yang ingin dijalankan. Roller ini berkesan membantu mempercepatkan kerja-kerja mengecat. Apabila mengecat siling yang mempunyai tekstur, penggunaan thick-nap roller lebih digalakkan. Ia bagi membolehkan cat disapukan pada segenap tekstur siling tanpa meninggalkan kawasan yang tidak terkena cat.

2. Kemaskan ruangan. 
Sebelum melaksanakan aktiviti mengecat siling,  adalah penting untuk mengalihkan setiap perabot yang ada. Hal ini untuk mengelakkan perabot-perabot anda daripada terkena percikkan cat. Pakar biasanya mengesyorkan agar menggunakan canvas drop cros sebagai pilihan memandangkan fungsinya dalam membantu memberikan kesan cat yang lebih sempurna biarpun ia didatangkan pada harga yang agak mahal.

3. Tandakan ruang. 
Anda dinasihatkan mengenakan quick-release painter's tape terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga atau tanda supaya cat tidak kena ruang yang tidak sepatutnya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia