Translations Page. Click Here

Pengumuman

Kepada semua kakitangan JBPM yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan, seandainya anda telah bertukar ke negeri / bahagian / cawangan / unit yang lain, sila maklumkan kepada kami untuk dikemaskini data anda. Kerjasama anda amat dihargai.

Terima kasih

Tuesday, October 4, 2011

TERBARU !!! Pinjaman Buku Berkelompok PNM Kali Ke-2

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

* Buat kali kedua, Perpustakaan Anjung Ilmu membuat Pinjaman Berkelompok dari Perpustakaan Negara Malaysia.
* Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok bermaksud pihak jabatan / institusi / sekolah boleh meminjam sebanyak 300 naskhah buku daripada PNM dalam jangka masa 3 bulan.
* Perpustakaan Anjung Ilmu meminjam buku sebanyak 220 naskhah buku.
* Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini, lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman buku di Perpustakaan Anjung Ilmu. 
  

 PERATURAN-PERATURAN PINJAMAN BERKELOMPOK

  1. Mereka yang layak membuat pinjaman adalah YANG TELAH BERDAFTAR sebagai ahli Perpustakaan Anjung Ilmu.
  2. Bilangan buku yang dibenarkan adalah sebanyak 3 buah dalam masa seminggu.
  3. Pengguna perlu memulangkan buku yang dipinjam dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  4. Pembaharuan boleh dilakukan selama sekali sahaja dan tempoh masa yang diberi adalah seminggu.
  5. Selepas pembaharuan kali pertama, pengguna tidak dibenarkan membuat pembaharuan untuk kali kedua.
  6. Untuk tujuan pembaharuan, pengguna perlu membawa buku-buku tersebut ke Perpustakaan untuk kemaskini.
  7. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjamnya. 
  8. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk membayar denda dan gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972 ; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran Dan Denda) 1993, P.U (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), Perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi. 
*Nota : Untuk melihat senarai buku pinjaman berkelompok, sila klik pada link 

No comments:

Post a Comment

Sila berikan komen anda jikalau sudi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...