MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Saturday, October 1, 2011

13 Etika Bersahabat

1) Kesabaran
Belajar bersabar sekiranya teman baik anda itu menyinggung perasaan anda. Mungkin dengan kesabaran, teman anda itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2) Berterus Terang
Jangan sesekali memendam perasaan jika anda tidak menyenangi sikap rakan-rakan di sekeliling anda. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu diri anda akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3) Ikhlas
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas anda akan menjadikan teman di sekeliling akan lebih menghormati anda.

4) Saling Menghormati
Hormatilah orang di sekeliling anda. Sudah tentu orang lain juga akan menghormati anda.

5) Jujur
Belajar menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh-jauh sikap bermuka-muka kerana sikap seperti ini boleh merenggangkan persahabatan.

6) Saling Faham Memahami
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resipi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7) Saling Memaafkan
Jadi seorang yang pemaaf sekiranya teman baik anda menyinggung perasaan anda. Dan ketahuilah sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatanyang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri anda sendiri.

8) Bertolak Ansur
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan meberi manfaat pada diri anda dan orang lain. Namun usaha mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan anda dan dalam masa yang sama anda pula mengambil kesempatan ke atas mereka, ini tidak adil namanya!

9) Jaga tutur kata
Jaga tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama-sama teman sekeliling anda. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10) Nasihat Menasihati
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan menkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11) Ambil Berat
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika teman sedang dilanda masalah, berada di sisinya ketika dia susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggungnya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai anda tidak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadang kala anda juga mempunyai masalah sendiri yang perlu diselesaikan.

12) Saling Berhubung
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin anda dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata anda eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon atau sekadar menghantar SMS pun sudah mencukupi tanda ingatan anda kepadanya.

13) Bertelingkah
Sesekali pertelingahan yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi harus diingat, bergaduh tanpa bermaafan tidak berguna juga. Sekurang-kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih Semula.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia