KETIKA hendak menghias kediaman, ada kalanya kita bingung memilih warna
cat untuk dinding rumah terutama bilik, ruang tamu dan dapur supaya ia
sesuai dengan perabot, selain yang lebih penting menaikkan seri.Sama
ada menggunakan cat mahal atau sederhana, anda boleh menjimatkan
belanja dengan mengecat sendiri rumah anda. Paling penting, pelajari
dulu teknik dan panduan mengecat supaya tidak berlaku pembaziran.
Antara panduannya ialah:
1) Tanya semua ahli keluarga mengenai warna pilihan mereka sebelum membuat keputusan membeli cat atau kertas hiasan dalaman.
2) Dapatkan
rasional mengenai pilihan warna yang dibuat, sama ada ia bersesuaian
dengan warna perabot, fungsi bilik atau ruang serta kehadiran tingkap
untuk cahaya.
3) Teliti katalog warna jenama cat yang dipilih dan sesuaikan dengan pilihan keluarga.
4) Biasanya, warna putih, kuning cair dan biru pucat digunakan untuk mewarnai keseluruhan ruang luar dan dalam kediaman.
5) Warna biru boleh menampakkan ruang atau bilik yang sempit menjadi lebih luas, selesa dan nyaman.
6) Elak
menggunakan warna putih untuk bilik anak-anak yang masih kecil kerana
ia mudah kotor akibat contengan kreatif mereka. Sebaiknya gunakan warna
garang seperti oren, kuning dan merah di dinding bilik anak-anak supaya
bersesuaian dengan sifat semula jadi fizikal dan mental mereka.
7) Warna
putih dalam kebanyakan hal memberi kelebihan kerana ia akan menjadikan
bilik semakin cerah pada waktu malam dan membuat ruang kecil tampak
lebih luas. Selain menampakkan kebersihan, mudah disesuaikan dengan apa
jenis perabot dan perhiasan rumah.
8) Warna garang seperti kuning, oren dan merah dikatakan dapat merangsang selera makan dan sesuai melatari dinding ruang makan.
9) Biru laut serta warna pastel sesuai untuk bilik tidur kerana ia mendatangkan kesan kesegaran dan ketenangan.
10) Jika
pejabat anda dicat dengan warna garang, elakkan menggunakan warna
garang untuk rumah anda kerana otak anda akan terus `dipaksa' bekerja
secara tidak langsung dan membuatkan anda rasa letih atau tertekan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...