MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, October 25, 2011

Tip Penjagaan Perabot

  1. Tips yang pertama bagi menghilangkan debu pada rangka perabot anda boleh mencucinya dengan kain lembap seminggu sekali. Jika rangka perabot anda jenis kayu jati, alternatif lain ialah dengan menggunakan minyak kayu murni dan dilap beberapa bulan sekali untuk mengembalikan serinya.
  2. Jika anda ingin melihat perubahan yang ketara dan lebih efektif, anda boleh membersihkan perabot kayu dengan 10 titik lemon yang dicampur satu suku minyak mineral dan lap dengan kain lembut.
  3. Sesetengah orang menggunakan plastik untuk membalut permukaan upholsteri menyebabkan kesan habuk lebih ketara. Pilihan lain anda boleh menggunakan kain jenis scotch guard yang mempunyai lapisan pelindung untuk fabrik upholsteri terutama pada tempat duduk sofa. Anda hanya perlu kebas permukaan fabrik ini untuk menghilangkan habuk.
  4. Fabrik upholsteri adalah kalis air, walau bagaimanapun, jika terdapat cecair yang tumpah di atas fabrik jenis ini perlu segera dilap kerana jika dibiarkan lama menyebabkan air menyerap ke dalam kain dan ini boleh menjejaskan seri serta mutunya.
  5. Selubungkan semua jenis perabot dengan kain untuk mengelak debu tebal, seandainya anda in
    gin meninggalkan rumah selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan. 
  6. Akhir sekali cara terbaik untuk menjaga permukaan perabot supaya mengekalkan serinya untuk tempoh yang lama dan tidak berhabuk, tindakan menyelimut perabot boleh dibuat setiap malam sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia