MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, October 17, 2011

INFO KESIHATAN : Jenis-Jenis Masalah Sakit Lutut

1) Arthritis pada lutut
Jenis arthritis pada lutut yang biasa adalah osteoartritis. Dalam penyakit ini, rawan pada lutut akan beransur-ansur digunakan. Rawatan untuk osteoartritis adalah :-
  • Ubatan untuk mengurangkan sakit seperti aspirin dan acetaminophen
  • Ubatan untuk mengurangkan pembengkakan dan keradangan seperti ibuprofen dan ubat anti radang bukan steroid (NSAID)
  • Senaman bagi meningkatkan pergerakan dan kekuatan.
  • Pengurangan berat badan.
 2) Rheumatoid arthritis
Rheumatoid arthritis merupakan satu lagi jenis arthritis yang memberi kesan pada lutut. Dalam rheumatoid arthritis, lutut menjadi radang dan rawan boleh rosak. Rawatan termasuk :-

  • Terapi fizikal
  • Ubatan
  • Pembedahan penggantian lutut ( bagi lutut yang rosak secara serius)
3)  Penyakit dan kecederaan kartilaj (rawan)
 Condromalacia berlaku apabila rawan pada tempurung lutut melembut. Ini boleh disebabkan oleh kecederaan, penggunaan berlebihan atau kelemahan otot, atau jika bahagian telah lari kesejajarannya. Rawatan bagi kecederaan rawan termasuk :-
  • Senaman bagi menguatkan otot-otot.
  • Rangsang elektrikal bagi menguatkan otot.
  • Pembedahan bagi kecederaan serius.
4)  Kecederaan ligamen
Dua jenis kecederaan ligamen pada lutut termasuk anterior cruciate ligamnet (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL). Selalunya keadaan ini berlaku pada ahli sukan. Rawatan kecederaan ligament termasuk :-
  • Pek ais bagi mengurangkan pembengkakan.
  • Senaman bagi menguatkan otot-otot.
  • Pengikat
  • Pembedahan
5) Penyakit dan kecederaan tendon
Tiga jenis penyakit dan kecederaan tendon adalah :-
  • Tendinitis dan tendon terpecah
  • Penyakit Osgood-Schalatter
  • Sindrom Iliotibial band
Rawatan bagi penyakit dan kecederaan tendon adalah :-
  • Berehat.
  • Letak ais.
  • Ubatan seperti aspirin atau ibuprofen bagi mengurangkan sakit dan pembengkakan.
  • Senaman bagi meregang dan menguatkan
  • Balutan simen
  • Pembedahan bagi kecederaan serius.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia