MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, October 3, 2011

10 Cara Tingkatkan Motivasi Diri

1) Senaraikan alasan kenapa anda inginkan kejayaan.
Kenapakah anda melakukan perkara tersebut? Kenapa ianya penting untuk kejayaan hidup anda? Tuliskan semua alasan sama ada  daripada rakan, keluarga dan bos anda atau alasan daripada diri anda sendiri. Bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadi anda.
2) Alasan peribadi anda adalah yang terbaik.
Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuar alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Anda yang paling layak memotivasikan diri sendiri, lebih-lebih lagi ketika anda sedang melalui saat-saat sukar dan genting.

3) "Kerana saya suka tugasan ini!"
Boleh dijadikan motivasi untuk anda terus melakukan kerja. Memang setiap tugasan ada yang tidak menyeronokkan, tetapi anggap kesukaran itu hanya muncul kemudian nanti. Apa yang penting, anda memang tidak sabar untuk melakukan tugasan anda sekarang!

4) "Saya ingin buktikan bahawa saya BOLEH."
Ini ungkapan yang biasa disebut oleh ahli sukan dan ramai lagi. Ia mungkin boleh menjadi sumber motivasi yang hebat, tetapi hanya jika anda mempraktikkannya.

5) "Saya memang layak untuk ini!"
Dengan kata-kata sebegini, anda akan mengiktiraf kemampuan dan kejayaan selama ini. Katakan anda sudah dilantik menjadi eksekutif pemasaran, dan tugasan anda sekarang ialah tugasan kerje-kerja pemasaran. Anda sememangnya mempunyai kriteria untuk menjadi eksekutif pemasaran, jadi kenapa perlu takut melakukan tugasan eksekutif pemasaran? Anda memang layak melakukannya.

6) "Ramai orang sudah berjaya melakukannya."
Ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat pembentangan projek bernilai RM30 juta bukan senang untuk eksekutif setahun jagung, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda?

7) "Kerana saya ingin tingkatkan hidup saya."
Lakukanlah kerana anda sentiasa mara ke hadapan. Jangan takut melakukan kesilapan, kerana ia proses biasa meningkatkan keupayaan hidup. Tidak salah berbuat kesilapan, tetapi yang salah ialah tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama dan renunglah dengan hati yang bijaksana.

8) "Kerana saya ingin menjadi eksekutif(atau apa-apa jawatan anda sekarang)."
Tegaskan bahawa anda sememangnya ingin menjadi apa yang anda jadi sekarang. Anggap jawatan dan kedudukan anda sekarang milik anda. Oleh itu, jadilah seorang tuan punya yang baik. Yakinlah bahawa anda boleh melakukannya.

9) "Kerana saya Khalifah Allah."
Ini adalah motivasi yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Setiap manusia mesti memakmurkan alam ini dengan kebaikan dan kecemerlangan. Ia adalah satu kewajipan untuk setiap manusia. Bekerjalah sedaya upaya untuk melakukannya.

10) Pastikan anda sentiasa bersama dengan motivasi.
Anda tidak perlukan kaset-kaset ceramah motivasi untuk sentiasa bermotivasi. Cukuplah diri anda untuk memberikan motivasi. Sentiasa mencai alasan sendiri kenapa anda perlu bermotivasi. Tetapkan diri anda ke atas landasan yang betul dan lakukannya sekarang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia