Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Tuan/ Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI EKSPLORASI DIGITAL@U-PUSTAKA 2025: LATIHAN PANGKALAN DATA MYGURU
Nak bantu anak belajar dengan lebih mudah dan berkesan?
Jom ulangkaji Bersama MyGuru yang kini boleh diakses secara percuma melalui portal u-Pustaka – platform pendidikan digital yang menyokong pembelajaran murid sekolah rendah dan menengah.
Belajar jadi mudah bersama MyGuru di u-Pustaka!
Nota pembelajaran 
Latihan & kuiz interaktif 
Video berdasarkan silibus sekolah
Daftar di www.u-pustaka.gov.my dan mula belajar hari ini. Sertai kami pada; ️
24 Julai 2025 (Khamis)
10. 00 pagi - 12.00 tengah hari
Puan Nur Lailatul Akma Zainal AbidinKetua Jabatan Learning Port Sdn. Bhd.
Klik pautan Google Meet untuk penyertaan 

Tuan/ Puan adalah dijemput hadir. Perhatian dan kehadiran Tuan/ Puan amat dihargai. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER ELEKTRONIK
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
T : 03 - 2687 1776 / 1781 / 1892
Unit Pengurusan Pusat Sumber,
Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Tel : 03-88927600 samb. 7999
Emel : perpustakaan@bomba.gov.my

No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...