Selain bersikap profesional, hubungan
baik dengan rakan sekerja juga amat penting untuk mewujudkan suasana
kerja harmoni. Bahkan, untuk menjadi seorang pekerja berjaya,
hubungan seperti ini boleh dikatakan salah satu penyumbang utama ke
arah kecemerlangan. Memandangkan kerjasama yang dijalinkan mampu
melahirkan kehidupan positif untuk masa depan, kikis sikap cemburu,
iri hati dan pilih bulu ketika di pejabat. Semak tip mudah ini
jadilah rakan sekerja yang disukai ramai.
Ucap
selamat pagi
Ucapan ini berperanan dalam mewujudkan
suasana kerja yang harmoni dan mesra. Biarpun pada mula ada di antara
mereka mula tersenyum dan mentertawakan tindakan awal anda ini, namun
lambat laun mereka akan menerima dan menyenanginya. Jangan batasi
ucapan salam tersebut, ia haruslah diteruskan kepada sesiapa sahaja,
tanpa mengira pangkat dan jabatan mereka. Jika anda melakukan
sebarang kesalahan ucaplah kata maaf dan terima kasih kepada mereka.
Pasti mereka akan merasa diri dihargai.
Selesaikan
tugas sepenuh hati
Tugas yang diberikan oleh ketua
tanggungjawab perlu diselesaikan dengan sepenuh hati. Seandainya
berlaku kesalahan yang tidak dapat dielakkan, janganlah mudah
menuding jari kepada orang lain. Sebaliknya, selidiknya terlebih
dahulu agar rakan sekerja tidak terasa hati dengan sikap anda.
Jangan
sombong
Sesiapapun tidak mampu untuk hidup
sendiri tanpa bantuan orang lain. Justeru, janganlah bersikap sombong
dan hulurkanlah bantuan sekiranya teman sekerja memerlukan bantuan
daripada anda. Sikap terlalu mementingkan diri hinggakan tidak peduli
rakan sekerja yang dilanda masalah bukanlah satu sikap yang baik dan
menguntungkan. Sebaliknya, anda dianggap seorang rakan yang sombong,
ego dan tidak layak dijadikan kawan. Bantuan yang diberikan akan
membuatkan mereka dihargai dan hubungan antara anda akan bertambah
baik.
Elak
hutang dengan kawan
Sebaiknya elak daripada berhutang dengan
kawan-kawan. Sekalipun anda memang benar-benar kesempitan wang,
carilah kawan yang benar-benar boleh dipercayai. Agar kepercayaan ini
disimpan dalam hati dan tidak disebarkan kepada orang lain. Jangan
liat melunaskan hutang, sebaliknya jujur dan maniskan mulut dengan
ucapan terima kasih dan maaf saat anda membayar segala hutang anda
ini.
Hargai
privasi
Biarpun hubungan anda dengan rakan
sekerja sudah terlalu akrab, namun hargailah privasi rakan. Jangan
sampai anda bersikap kurang manis dengan terus melulu masuk ke
biliknya tanpa mengira waktu dan masa yang sesuai. Selain itu, jangan
baca e-mel orang lain dan surat dikirimkan tanpa keizinan serta minta
izin terlebih dahulu sebelum mengambil dan meminjam sebarang
peralatan di atas mejanya walaupun sebatang pen.
Murah
hati
Jangan lupa membawa buah tangan buat
teman sekerja sekiranya anda pulang ke kampung atau ditugaskan
bekerja di luar kawasan. Biarpun harganya murah, namun mereka akan
terasa dihargai dengan ingatan anda.
Tunjukkan
simpati
Adakah anda sedar bahawa sebahagian besar
masa anda dihabiskan bersama teman sekerja di pejabat? Oleh itu
wujudkanlah suasana kekeluargaan bersama teman-teman sepejabat.
Janganlah anggap mereka ini sekadar rakan sekerja, sebaliknya
anggaplah mereka ini sebagai sahabat baik dan ahli keluarga sendiri.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...