Sifat mencemburui saudara kandung sendiri
andai tidak dikawal boleh mengundang bahaya dalam hubungan. Sering
kali diperhatikan, anak sulung akan mula menjauh hati apabila
hadirnya seorang adik. Barangkali si sulung ini merasakan kasih
sayang ibu dan ayah yang mulai terbahagi dua. Jika sebelum ini
sepenuhnya kasih dicurahkan padanya, kini tidak lagi. Andai tidak
dibendung, nanar itu akan terus membengkak sehinggalah usia anak
meningkat remaja. Cemburu terus merajai hati seorang kakak atau
abang. Lalu apa penyelesaian terbaik untuk berhadapan konflik
mencemburukan saudara sendiri ini.
Terima
kehadiran adik dengan lapang dada
Untuk mendidik perasaan agar tidak
mencemburui adik kandung sendiri? Memerlukan latihan hati. Ajar diri
sendiri agar menerima setiap perbuatan adik dengan lapang dada.
Bertolak ansur adalah cara yang paling baik. Tidak salah seorang
kakak beralah dengan adik sendiri. Siapa tahu kelak, adik itu yang
akan membantu menyelesaikan masalah anda.
Berfikiran
terbuka
Andai orang tua melebih-lebihkan adik,
jangan pula terasa dengan tindakan mereka. Barangkali mereka tidak
sedar atau sudah terbiasa berbuat demikian. Mereka tidak sedar bahawa
anda juga memerlukan perhatian daripada mereka. Ajarlah diri sendiri
untuk lebih bersabar dan menerima tindakan dengan fikiran terbuka.
Air
yang dicincang tidak akan putus
Anda sebenarnya perlu percaya dengan
pepatah ini. Walau sekeras mana pun hubungan anda dengan adik,
percayalah pertalian darah antara kalian tidak mungkin dipisahkan
dengan hubungan renggang itu. Suatu hari nanti, ia pasti akan
bercantum semula.
Belajar
menjadi matang
Andai ketegangan tidak dapat
dirungkaikan, sebaik-baiknya belajar untuk menjadi seorang yang
matang. Anggaplah setiap tindakan adik yang menyakitkan itu hanyalah
sekadar mahu meraih perhatian anda. Apabila anda mula melatih diri
menjadi seorang yang matang, anda tidak akan mengambil hati dengan
setiap perkara kurang enak yang berlaku antara anda dan adik.
Sesungguhnya anda tidak mampu mengawal keadaan di sekeliling, namun
anda berupaya mengawal diri anda sendiri.
Elakkan
memberontak
Orang di sekeliling pasti akan mempunyai
gambaran tersendiri mengenai diri anda. Yang pasti hanya anda yang
tahu hakikatnya perasaan dan diri anda ketika ini. Andai anda
membiarkan orang di sekeliling mengawal pemikiran dan perasaan anda,
ia adalah kesilapan besar. Sebaik-baiknya, bertenang dan bertindaklah
agar orang tua lebih senang dengan anda. Jangan sesekali memberontak.
MENGAPA
WUJUD PILIH KASIH?
Tiada ibu dan ayah mahu membezakan kasih
antara anak-anaknya. Namun, perasaan itu pasti akan muncul juga di
kalangan anak-anak. Ketahui apa penyebabnya.
Cemburu
Sama ada ia disebabkan cemburu kerana ibu
melebihkan adik, kakak atau sebaliknya. Kecemburuan yang tidak
dibendung inilah akhirnya menyebabkan perselisihan faham yang
berpanjangan.
Tidak
berpuas hati
Setiap pembahagian daripada orang tua
anda anggap tidak berlaku adil. Misalnya ibu melebihkan barangan adik
disebabkan mahu anda beralah dengan adik. Ada kalanya ibu melebihkan
kakak kerana mahu anda menghormati si kakak. Keadaan itu menyebabkan
berlaku ketidakpuasan hati di jiwa anak-anak.
Rapuhnya
institusi kekeluargaan
Apabila hubungan kekeluargaan semakin
renggang, setiap ketidakpuasan hati yang berlaku di kalangan
anak-anak akan menjadi besar. Ibu bapa perlu memainkan peranan
menjadi orang tengah untuk mendamaikan pertelagahan.
Jangan
membanding
Sikap ibu bapa yang suka membandingkan
antara anak-anak juga boleh menjadi penyebab emosi anak-anak
terganggu dengan sikap pilih kasih. Sebaik-baiknya ibu menghargai
setiap kelebihan dan menerima setiap kekurangan anak mereka.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...