- Rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur.
- Luka pada saluran dubur disebabkan nanah.
- Rasa kepanasan selepas membuang air.
- Rasa sakit berdenyut.
- Darah segar yang menitis ketika membuang najis.
- Rasa pedih sekitar rektum.
- Sukar membuang air besar.
- Nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria.
- Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lama.
PANDUAN
PEMAKANAN
Antara panduan pemakanan untuk pesakit
yang mempunyai masalah buasir ini adalah :
- Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air, sekaligus melancarkan pembuangan najis. (anggaran dua hingga tiga liter).
- Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
- Jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat.
- Jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas.
- Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat membantu proses penghadaman dan melancarkan pembuangan najis.
- Makan makanan yang bersih dan baru dimasak untuk mengelakkan keracunan yang boleh menjadikan buasir bertambah teruk.
- Kurangkan pengambilan makanan segera ataupun makanan terproses.
- Sentiasa bersenam seperti berjalan kaki dan berenang. Elakkan sukan berkuda atau berbasikal.
- Rawatan ringkas boleh dilakukan dengan merendam dubur dalam air garam yang suam selama 10 minit, satu atau dua kali sehari apabila ada tisu bengkak di dubur. Garam yang digunakan adalah garam masak yang biasa. Proses ini dipanggil sitz bath. Air garam mempunyai dua fungsi iaitu mengecutkan tisu yang bengkak dan meredakan kesakitan.
- Jangan meneran ketika membuang najis dan disyorkan menggunakan tandas duduk untuk mengurangkan tekanan pada buasir.
- Perbaiki peredaran darah anda dengan melakukan senaman. Ketat dan kendurkan otot-otot di celah kaki anda sekerap mungkin secara perlahan-lahan. Kurangkan tekanan daripada rahim, dengan meninggikan peha anda di atas bantal, atau berlutut dengan cara bersujud beberapa saat.
- Hentikan tabiat merokok dan minuman beralkohol.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...