JUDUL BUKU TERKINI
Friday, July 26, 2013
Assalamualaikum,
Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Kepada rakan-rakan yang bercuti hari ini, diharapkan anda sentiasa berwaspada pada keadaan sekeliling baik di rumah atau di luar rumah.
Assalamualaikum, Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Kepada rakan-rakan yang bercuti hari ini, diharapkan anda sentiasa berwaspada pada keadaan sekeliling baik di rumah atau di luar rumah....
Continue ReadingWednesday, July 24, 2013
Assalamualaikum,
Assalamualaikum, Adalah dimaklumkan bahawa Puan Rooshayati binti Nong Chik yang bertugas di Bahagian Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JBPM telah meninggal dunia pada pagi ini (24/7/2013) di Hospital Putrajaya dan akan dikebumikan di Alor Gajah, Melaka selepas Zohor insha Allah. Semoga arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah....
Continue ReadingMonday, July 22, 2013

Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali
jika demam ini disusuli dengan kahak! Bunyi kahak yang kedengaran setiap
kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan
dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri,
Dikongsikan beberapa petua orang-orang tua terdahulu amal kan untuk merawat sakit ini secara tradisiona l:
1.Daun Pucuk Kaduk- Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit
kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi
anda. InshaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya
2.Daun
Sirih- Caranya,ambil beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga
mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara
ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
3.Bunga Raya Merah- Caranya,ambil bunga tersebut dan lesungkan.Anda akan dapati terdapatnya cecair/ lendir.
Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir yang memberikan rasa sejuk pada
kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi
hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk
dan menghilangkan kahak sapukan pada dada dan belakang badan bayi.
4.Daun pokok hati-hati - Caranya, ambil daunnya dan ramas-ramas daun tersebut
kemudian letak kapur sirih + air sedikit… lepas itu sapukan dekat dada serta
belakang bayi anda.
5.Air rebusan akar lalang - Caranya minum sesudu kecil air tersebut.Insyaallah dalam 2-3 hari hilang kahak.
6.Daun pegaga kampung - Ambil daun pegaga dalam 8 helai dan tumbuk
,kemudian ambil air dia lepas itu tumbuk gula batu sedikit dan kemudian
itu bagi anak minum sehari 3 kali.
7.Entemu ( hanya mudah
didapati di negeri Sarawak) - bentuk dan rupanya seakan-akan kunyit, tumbuk
sedikit entemu tersebut dan sapu dari dada hingga ke bawah tekak dan
kemudian sapu di atas hidung bayi anda, dan akhir sekali letakkan
setitis air dari entemu tersebut ke lidah. InshaAllah kahak akan kering
dalam 2-3 hari
8. Daun Ketumbit - Pokok dia macam pokok rumput
ambil dalam segeggam dan campur dengan sedikit kapur makan dan lumatkan
atas tapak tangan.Air dia sapu di atas ubun-ubun, dada, sebelah belakang bayi
anda, InshaAllah selepas 3 hari hingga seminggu akan pulih sepenuhnya.
Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali jika demam ini disusuli dengan kahak! Bunyi kahak yang kedengaran setiap kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri, Dikongsikan beberapa petua orang-orang tua terdahulu amal kan untuk merawat sakit ini secara tradisiona l: 1.Daun Pucuk Ka...
Continue ReadingTuesday, July 9, 2013
Monday, July 8, 2013
Monday, July 1, 2013
Ramai orang yang mempunyai masalah untuk tidur. Cuaca dan suhu yang agak panas merupakan salah satu faktor penyebab. Ada yang kerap terjaga, ada yang tidur lewat. Dibawah ini terdapat 10 tips bagi anda yang mempunyai masalah tersebut:
1. Tidur yang berjadual – Jika anda biasa tidur pada pukul 9 malam, pastikan anda tidur pada waktu tersebut untuk malam-malam berikutnya. Ini untuk memberikan tubuh anda “kebiasaan” dam membuatkannya bersedia untuk tidur pada waktu tersebut.
2. Jangan melakukan senaman pada waktu malam kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih cepat dan anda tidak boleh tidur.
3. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur. Anda hanya boleh mengambil makanan ringan sahaja dan seeloknya berhenti makan 2 jam sebelum tidur.
4. Jauhi alkohol, nikotin dan kafein 5 hingga 6 jam sebelum tidur.
5. Bagi anda yang bekerja waktu pejabat, biasakan tidur pada waktu malam sahaja. Ambil rehat satu jam maksimum pada waktu siang dan jangan tidur selepas pukul 3 petang.
6. Pastikan bilik tidur anda mempunyai system pengudaraan yang baik. Jika boleh, biarkan tingkap terbuka sedikit untuk membolehkan udara masuk.
7. Sebelum tidur, mandi menggunakan air suam, baca buku atau mendengar muzik kegemaran yang bernada lembut.
8. Cuba sapukan krim pelembap pada bahu, leher dan kaki untuk meredakan tekanan pada siang harinya.
9. Jangan mengharapkan pada ubat-ubatan atau dadah untuk melegakan insomnia. Pengambilan teh atau susu suam bersama madu adalah lebih baik.
10. Ketika tidur pada malam hari, letakkan kaki pada bantal yang lembut. Ini dapat melegakan keletihan dan mendapatkan tidur yang lena.
Ramai orang yang mempunyai masalah untuk tidur. Cuaca dan suhu yang agak panas merupakan salah satu faktor penyebab. Ada yang kerap terjaga, ada yang tidur lewat. Dibawah ini terdapat 10 tips bagi anda yang mempunyai masalah tersebut: 1. Tidur yang berjadual – Jika anda biasa tidur pada pukul 9 malam, pastikan anda tidur pada waktu tersebut untuk malam-malam berikutnya. Ini untuk memberikan...
Continue ReadingWednesday, June 26, 2013
Monday, June 24, 2013
Tuesday, June 4, 2013
Minat membeli dan menjual gajet terpakai di laman web seperti lelong, mudah dan e-bay boleh jadi agenda menarik yang mesti dilakukan oleh seorang peminat gajet terpakai atau ramai yang menyebutnya sebagai gajet second hand. Keseronokkan ini boleh ditingkatkan lagi dengan mengetahui beberapa tip membeli gajet terpakai yang perlu kita ambil tahu. Jangan fikir nak murah sahaja, kualiti pun mesti dijaga, barulah berbaloi.
1. Status waranti
Kebanyakan alat elektronik dilindungi oleh tempoh waranti tertentu. Boleh jadi gajet second hand yang anda beli masih mempunyai tempoh waranti dan ada juga yang sudah tidak sah tempoh jaminannya. Jika anda dapat yang masih mempunyai waranti, anda bernasib baik. Oleh demikian, periksa dengan pengeluar akan dasar-dasar waranti gajet yang anda ingin beli, meskipun ia second hand.
2. Keadaan
Perhatikan kondisi atau keadaan gajet. Bahagian-bahagian gajet yang kerap digunakan seperti butang, alat kawalan & skrin. Berkemungkinan butang menjadi mudah tanggal & kurang sensitif manakala skrin berkemungkinan retak, kabur dan calar. Buat apa beli benda rosak meskipun murah. Alatan elektronik adalah sensitif. Jika hendak beli, tengok betul-betul.
3. Aksesori tulen
Berlaku juga kes di mana gajet atau alat elektronik yang dijual second hand tidak didatangkan dengan aksesori. Alat penting seperti adapter, USB atau kabel data, pengecas atau software tertentu perlu diambil kira. Takut-takut nanti aksesori gajet yang anda beli itu sudah tidak terdapat di pasaran.
4. Test dulu
Sepertimana anda membeli gajet baru, begitu juga gajet second hand. Uji terlebih dahulu untuk melihat sebarang kemungkinan masalah. Jika penjual menyatakan hendak beli murah tidak boleh 'test'. Maka jawapan mudah adalah tidak payah beli langsung dari dia.
5. Harga
Buat perbandingan harga. Lazimnya gajet second hand boleh jadi murah sehingga 50 peratus daripada harga gajet baru. Ada juga penjual yang menjual gajet second hand lebih mahal sedikit kerana disertakan dengan tawaran waranti, kotak, aksesori penuh dan sebagainya. Nama pun kita nak beli second hand, jadi harganya kalau boleh tawar yang paling rendah pada kualiti yang paling tinggi.
Seronok beli gajet second hand ini. Bagi mereka yang gila gajet, ini mungkin cara terbaik untuk merasa memiliki gajet-gajet idaman meskipun dalam bajet yang ketat.
Minat membeli dan menjual gajet terpakai di laman web seperti lelong, mudah dan e-bay boleh jadi agenda menarik yang mesti dilakukan oleh seorang peminat gajet terpakai atau ramai yang menyebutnya sebagai gajet second hand. Keseronokkan ini boleh ditingkatkan lagi dengan mengetahui beberapa tip membeli gajet terpakai yang perlu kita ambil tahu. Jangan fikir nak murah sahaja, kualit...
Continue ReadingMonday, June 3, 2013
Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila musim cuti sekolah. Selain mengeratkan hubungan keluarga, bercuti memberi pendedahan kepada anak-anak tentang dunia luar. Bagaimanapun perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum merancang percutian adalah wang. Selain peruntukan masa, peruntukan kewangan menjadi perkara utama. Bukan sedikit wang yang bakal dikorbankan untuk...
Continue ReadingTuesday, May 28, 2013
Assalamualaikum wbt... Kepada semua kakitangan JBPM, Sukacita dimaklumkan bahawa sistem pinjaman dan pemulangan buku telah pulih sepenuhnya dan tuan/puan boleh membuat urusan pinjaman dan pemulangan buku bermula pada hari ini. Sekian, terima kasih....
Continue ReadingWednesday, May 8, 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa perpustakaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah berpindah ke bangunan baru Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya.
Sehubungan dengan itu, segala urusan peminjaman dan pemulangan buku akan dihentikan sementara kerana talian telefon dan talian internet masih tidak disambung. Kami akan memaklumkan semula bila urusan peminjaman dan pemulangan akan disambung semula.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Sukacita dimaklumkan bahawa perpustakaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah berpindah ke bangunan baru Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Sehubungan dengan itu, segala urusan peminjaman dan pemulangan buku akan dihentikan sementara kerana talian telefon dan talian internet masih tidak disambung. Kami akan memaklumkan semul...
Continue ReadingTuesday, April 2, 2013
Monday, April 1, 2013
Cahaya Rangsang Gembira Cahaya mampu merangsang rasa gembira. Caranya suluh lampu khas (valkee) ke dalam telinga. Jelas Timo Ahopelto, individu bertanggungjawab ke atas kajian cahaya dan rasa gembira, sebaik sahaja bahagian otak khasnya melatonin, serotonin dan dopamin mengesan cahaya yang disuluh ke dalam telinga, hormon gembira akan dirangsang untuk 'bekerja'. Kesannya anda merasa lebih...
Continue ReadingFriday, March 29, 2013
- Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
- Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
- Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
- Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
- Gila pangkat.
- Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
- Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
- Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
- Kurang kemahiran interpersonel.
- Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
- Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
- Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
- Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
- Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.
- Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.
- Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.
- Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.
- Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,
- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar “InshaAllah” dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.
- Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai ‘scale’ yang berbeza.
- Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.
- Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.
- Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.
Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman. Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan ter...
Continue ReadingThursday, March 28, 2013
- Semasa membuat permohonan pinjaman, tanyakan dahulu kepada diri anda, apakah tujuan pinjaman tersebut dan tentukan sama ada anda mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan.
- Jangan sesekali membuat pinjaman daripada peminjam wang yang tidak berlesen.
- Waspada terhadap syarat dan terma pinjaman yang diambil.
- Biasakan diri bertanya tentang kadar faedah efektif yang dikenakan bagi pinjaman sewa beli dan kadar tetap pinjaman berjangka.
- Jumlah bayaran bulanan bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit tidak boleh melebihi satu pertiga daripada gaji bersih anda.
- Jangan terpedaya dengan penggunaan kad kredit dan kad caj sebagai wang 'percuma'.
- Membayar hanya bayaran minimum bil kad kredit menyebabkan hutang bertambah besar kerana kesan kompaun.
- Berusaha untuk menjadi pembayar balik pinjaman yang baik agar mendapat laporan kredit yang positif.
- Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan - iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.
- Jika hutang melebihi jumlah yang boleh anda uruskan.
- Anda hanya mampu membayar 5% setiap bulan bagi penyata kad kredit.
- Anda tidak mempunyai tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga.
- Anda kerap menerima panggilan daripada pemungut hutang.
- Anda menerima surat saman tuntutan hutang.
Sebelum anda membuat pinjaman, anda perlu mempertimbang perkara-perkara berikut :Semasa membuat permohonan pinjaman, tanyakan dahulu kepada diri anda, apakah tujuan pinjaman tersebut dan tentukan sama ada anda mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan.Jangan sesekali membuat pinjaman daripada peminjam wang yang tidak berlesen. Waspada terhadap syarat dan terma pinjaman yang diambil. Biasakan di...
Continue ReadingWednesday, March 27, 2013
Hamparan permaidani hadirkan keselesaan di kediaman anda. |
Hamparan permaidani hadirkan keselesaan di kediaman anda. Apa yang penting, jangan sesekali amalkan sikap ambil mudah akan peri penting pemilihannya sebelum membuat pembelian. Terutamanya bagi mengelakkan anda daripada membeli permaidani yang mahal harganya, tetapi tidak berkualiti dan tidak tahan lama. 1. Tinjauan awal Memandangkan harga permaidani biasanya dijual pada harga yang berbeza-bez...
Continue ReadingTuesday, March 26, 2013
Hard Disk
- Hard disk mengambil masa yang lama untuk boot.
- Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan.
- Terdapat bad sector.
- Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda.
- Jumlah saiz fail berubah.
Komputer
- Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin.
- Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya.
- Terdapat perkara pelik seperti fail tidak boleh di save, huruf pada skrin jatuh, terdapat bola pingpong melantun pada skrin, pencetak mencetak mesej yang tidak diketahui dan sebagainya.
- Pertambahan macro pada fail-fail word, excel dan sebagainya tanpa pengetahuan anda.
Hard Disk Hard disk mengambil masa yang lama untuk boot. Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan. Terdapat bad sector. Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda. Jumlah saiz fail berubah. Komputer Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin. Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya. Terdapat perkara pelik seperti fail tidak bol...
Continue ReadingMonday, March 25, 2013
- Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan mahupun bahan peluntur.
- Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindak balas kimia terhadap warnanya.
- Kerap membersihkannya dengan kain lembut.
- Simpan di tempat yang kering dan gunakan kain lembut untuk membalutnya sebelum disimpan.
- Usah simpan di tempat yang suhunya cepat lembap atau dalam tempat kedap seperti plastik kerana ia boleh memudarkan warnanya.
- Elakkan daripada memakai aksesori mutiara ketika melakukan sebarang aktiviti lasak.
Mutiara pernah digelar sebagai 'Queen of Gems' iaitu ratu kepada permata-permata berikutan sejarahnya yang pernah menjadi permata paling mahal di dunia. Terdapat dua jenis mutiara dijual di pasaran iaitu mutiara air laut dan mutiara air tawar. Kebiasaannya, mutiara air laut adalah lebih mahal, lebih cantik dan menjadi tarikan oleh pembeli. Mutiara mempunyai bentuk yang unik serta kilauannya yang...
Continue ReadingFriday, March 22, 2013
dengan ibu bapa adalah perkara biasa. Antara punca biasa yang dialami anak-anak sehingga menyebabkan dia enggan ke sekolah adalah berikut:
- Cikgu yang terlalu garang dan bengis.
- Kawan-kawan yang suka ambil kesempatan atau membuli.
- Persekitaran sekolah yang tidak selesa.
- Anak ketinggalan dalam pelajaran.
- Anak tidak dapat apa yang dia kehendaki.
- Anak tidak mempunyai kawan.
- Pujuk anak dan cungkil apa masalah sebenarnya. Selidik perkara ini ketika moodnya baik. Dalam masa yang sama cuba nasihat dan bercakap dalam nada lembut dengannya tentang kebaikan pergi ke sekolah.
- Kenalkan anak dengan guru. Wujudkan rasa selesa dan selamat dengan guru mereka. Jika ada masalah berjumpa dan berbincang dengan guru tentang masalah anak di sekolah. Mungkin boleh meminta bantuan guru untuk memujuknya (menerusi telefon) dengan mengatakan “Cikgu rindulah dengan Aifa, datanglah sekolah. Macam-macam boleh belajar.”
- Kenalkan dia dengan kawan yang boleh dia bermain dan bergantung harap. Jika ada kawan, mereka akan rasa selamat berada di tempat yang begitu asing kepada mereka.
- Pemilihan sekolah dengan persekitaran menarik, ceria dan guru yang bagus amat penting sebenarnya. Kadang kala anak-anak ni bukan sengaja tidak mahu ke sekolah tetapi faktor murid lain yang mungkin pembuli, nakal, mengusik, kelas yang hambar, cikgu yang garang dan menakutkan kanak-kanak membuatkan mereka kecut perut dan berasa tidak selamat berada di sekolah.
- Ceriakan waktu anak bersiap hendak ke sekolah. Ibu bapa janganlah cepat hilang sabar apabila anak kecil sukar bangun pagi. Bersabar dan jangan terus memarahinya kerana ini akan membuatkan mereka sedih dan tidak seronok untuk ke sekolah.
- Tidak perlu kita marah atau pukul anak-anak yang masih mentah ini. Kalau perlu dijanjikan hadiah supaya mereka ke sekolah, pujuklah dengan cara itu dan hadiahnya adalah benda yang bermanfaat seperti buku cerita atau buku lukisan. Bukan permainan atau gula-gula. Mereka adalah anak kecil yang suka menerima ganjaran.
- Masuk ke bilik anak, peluk dan ciumnya serta bisikkan kata-kata harapan bahawa papa dan mama mahu dia ke sekolah dengan riang dan ceria tanpa tangisan lagi.
- Bacakan Surah Taha ayat 1-5 dan hembus di ubun-ubunnya.
- Bacakan ayat Nabi Daud a.s yang bermaksud “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi"
- Lakukan solat hajat dan mohonlah agar ALLAH SWT permudahkan urusan seharian kita seperti yang diharapkan. Sesungguhnya doa itu senjata seorang mukmin.
Siapa yang tidak pening kepala apabila si kecil buat perangai pagi-pagi buta. Sudahlah liat hendak bangun pagi, menangis pula tidak mahu ke sekolah. Papa dan mama pula perlu bergegas ke pejabat kerana ada mesyuarat penting. Diharap panduan berikut dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Mungkin kalau di awal persekolahan, situasi kanak-kanak prasekolah meragam enggan ke sekolah adalah perkara...
Continue ReadingThursday, March 21, 2013
- Disiplinkan anak-anak etika menonton televisyen atau bermain tablet.
- Pilih program yang beri kesan positif kepada anak-anak sahaja.
- Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu. Ada masa bermain aktif, ada masa melukis, ada masa bercerita dan membaca buku, ada masa menonton televisyen atau bermain komputer.
- Selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni agar membantu perkembangannya. Misalnya dengan menonton program pendidikan, anak dapat kaitkan dengan kehidupan seharian. Bukankah ia satu pembelajaran!
Setujukah anda sekiranya dikatakan kebanyakan ibu bapa masa kini gemar menyerahkan urusan ‘penjagaan’ anak kecil mereka kepada televisyen atau komputer tablet. Ia bagaikan memberi magis kepada papa dan mama dalam usaha memujuk anak-anak yang meragam. Gajet tersebut mampu membuatkan si manja duduk diam dan tidak mengganggu urusan ibu bapa sama ada ketika di rumah atau di luar rumah. Selain daripad...
Continue ReadingWednesday, March 20, 2013
Marilah kita sama-sama ke Car Book Sale Sabtu ini di Perpustakaan Negara Malaysia...pelbagai buku dan program telah disediakan menanti kedatangan anda...terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Marilah kita sama-sama ke Car Book Sale Sabtu ini di Perpustakaan Negara Malaysia...pelbagai buku dan program telah disediakan menanti kedatangan anda...terima kasih....
Continue ReadingFriday, March 15, 2013
Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Kata-Kata Minda Kreatif yang bertemakan "Prestasi Tinggi". Pertandingan ini dibuka kepada semua warga Ibu Pejabat JBPM dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang akan bermula mulai 18 Mac 2013 sehingga tarikh tutup 29 Mac 2013.
Penyertaan hendaklah asli dan menggunakan olahan idea sendiri. Kata-kata minda kreatif berbentuk slogan atau falsafah seperti "Selagi Hidup Teruskan Berbakti Walau Tidak Dipuji", "Prestasi Tak Dapat Diraih Tanpa Semangat.
Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah dan sijil penyertaan dan pemenang olahan kata minda dipamerkan di ruang yang sesuai di Ibu Pejabat JBPM. Borang penyertaan boleh didapati di perpustakaan, melalui edaran bahagian serta boleh memuat turun daripada blog ini.
Borang Pertandingan Mencipta Kata-Kata Minda Kreatif - Sila Klik Di Link Ini
Sekian, terima kasih.
"Ilmu Pemangkin Kejayaan"
Yang menjalankan tugas,
(JAMILAH BINTI SAILILLAH)
Ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi
Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Kata-Kata Minda Kreatif yang bertemakan "Prestasi Tinggi". Pertandingan ini dibuka kepada semua warga Ibu Pejabat JBPM dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang akan bermula mulai 18 Mac 2013 sehingga tarikh tutup 29 Mac 2013. Penyertaan hendaklah asli dan menggun...
Continue ReadingSukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sentiasa berusaha untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang berkualiti kepada pengguna perpustakaan. Bagi mencapai hasrat itu, PNM telah mengambil inisiatif dengan melanggan pangkalan data atas talian (online databases) dan PNM menawarkan akses percuma kepada semua kakitangan dan pengguna perpustakaan jabatan kerajaan.
Selaras dengan kemajuan prasarana ICT semasa, kesemua pangkalan data ini juga boleh diakses dengan peranti mudah alih seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar (smart phones). Pangkalan data atas talian ini juga telah disediakan di dalam blog ini dan sila lihat di kotak sebelah.
Sekian, terima kasih.
"Ilmu Pemangkin Kejayaan"
Yang menjalankan tugas,
(JAMILAH BINTI SAILILLAH)
Ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi,
Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sentiasa berusaha untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang berkualiti kepada pengguna perpustakaan. Bagi mencapai hasrat itu, PNM telah mengambil inisiatif dengan melanggan pangkalan data atas talian (online databases) dan PNM menawarkan akses percuma kepada semua kakitangan dan pengguna perpusta...
Continue ReadingFriday, March 8, 2013
Tip Belajar Oleh:Editorial E-Baca Mempunyai matlamat yang jelas Daripada penelitian yang abang lakukan, kebanyakan pelajar yang cepat berasa bosan belajar di dalam kelas disebabkan mereka tidak tahu apa yang mereka mahu capai. Kesannya, merek...
Continue ReadingPERBAIKI KERJAYA ANDAJangan hanya statik di posisi sekarang. Berusahalah untuk mengembangkan karier anda ke tahap yang lebih tinggi. Belajar untuk menjadi seorang yang lebih hebat (bukan berlagak) dan mampu menjadi contoh kepada pekerja lain di dalam organisasi tempat anda bekerja. Bukan sengaja untuk kami paparkan artikel ini, tetapi dari apa yang kami perhatikan masih ramai lelaki di luar sana...
Continue ReadingPerpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
WebOpac Pencarian Buku (Ibu Pejabat)
WebOpac Pencarian Buku (Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah)
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2025
(437)
- ► March 2025 (63)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
▼
2013
(68)
-
►
March 2013
(20)
- Tips Untuk Menghadapi Temuduga
- Tips Apabila Membuat Pinjaman Kewangan
- Sudut Deko : Permaidani Nan Selesa
- Sudut ICT : Tanda-Tanda Komputer Anda Diserang Virus
- Tips Penjagaan Aksesori Mutiara
- Anak Meragam Ke Sekolah
- Anak Kemaruk Televisyen & Gajet
- Jualan Buku @ But Kereta
- Pertandingan Mencipta Kata-Kata Minda Kreatif
- Akses PERCUMA Pangkalan Data Atas Talian (Online D...
- Tip Seronok Belajar Dalam Kelas
- 8 TIP KEMBANGKAN KARIER
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
March 2013
(20)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
1. Lakukan Pemeriksaan Mata Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setah...
-
Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang or...
-
Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana; Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap...