Thursday, April 3, 2014

PANDUAN UNTUK IBU BAPA

Senario pada masa sekarang ramai ibu bapa mendedahkan komputer tablet kepada anak seawal usia sedangkan pendedahan pada usia terlalu awal iaitu dua tahun ke bawah akan mempengaruhi kesihatan dan psikologi kanak-kanak.

Cara pendidikan terbaik adalah dengan membabitkan interaksi antara orang dewasa dan kanak-kanak lain, aktif secara fizikal, meneroka persekitaran dengan menggunakan semua deria dan belajar untuk berkomunikasi. Kebanyakan ibu bapa percaya bahawa telefon bimbit adalah satu 'kemahuan', tetapi bagi remaja ia adalah satu 'keperluan'. Ibu bapa perlu sedar dengan tekanan ini dan cuba berdiplomasi dengan anak-anak. Mungkin anda boleh mencuba beberapa tip dan panduan di bawah bagi kebaikan bersama :

  • Jangan memberi akses terhadap sebarang gajet kepada anak-anak yang masih berumur dua tahun dan ke bawah.
  • Wujudkan satu strategi media untuk keluarga dan sesuaikan dengan umur anak anda.
  • Cuba hadkan masa menghadap semua jenis skrin kepada hanya dua jam sahaja dalam sehari.
  • Pastikan telefon pintar dan tablet tidak berada dalam bilik tidur kanak-kanak.
  • Fahami bahawa anak-anak anda memerlukan telefon bagi tujuan anda sendiri untuk menjejaki mereka. Tetapi dengan syarat sentiasa pantau penggunaannya.
  • Letakkan semua alat anda dalam mode 'senyap', 30 minit sebelum masuk waktu tidur.
  • Pastikan semua skrin gajet seperti televisyen, telefon pintar dan juga iPad ditutup semasa waktu makan.
  • Pilih rancangan TV yang mesra kanak-kanak. Pada masa yang sama, sentiasa pantau rutin anak-anak dan hadkan masa menonton televisyen untuk dua jam sahaja.
  • Tonton televisyen atau bermain permainan video bersama-sama dengan anak-anak.
  • Pastikan anak-anak anda benar-benar sudah cukup umur sebelum membenarkan mereka melayari Facebook mahupun media sosial yang lain.
  • Jangan berikan anak-anak anda yang masih kecil dengan telefon jika anda sentiasa bersama mereka.

Teknologi akan sentiasa menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kanak-kanak pada masa kini. Walaupun kanak-kanak suka untuk mendapatkan serta memiliki gajet untuk diri sendiri, ia masih terpulang kepada ibu bapa sama ada mahu atau tidak untuk membeli permainan video, telefon bimbit, komputer atau sebarang alat elektronik bagi kebaikan anak-anak mereka.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...