SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... Juga tidak lupa kepada semua jemaah Haji yang menunaikan Rukun Islam kelima di Mekah Al-Mukarammah... Semoga ibadat anda diberkati oleh Allah SWT dan mendapat haji mabrur... Kami ingin berpesan kepada semua warga kota, berhati-hati di jalanraya sewaktu anda pulang ke kampung kerana malang tidak berbau... Jangan biarkan orang tersayang menangisi kematian, biar mereka menangis kerana gembira dengan kepulangan anda....
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia
adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut
pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah
setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10
Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan
samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah
ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah
kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah
merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan
isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling
cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi
hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya
sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir
pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding
solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat
Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan
korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah
bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke
masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya
makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang
berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu,
kambing, dan biri-biri yang dikorbankan
akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada
golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran
tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini
memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai
korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong
melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai
pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada
yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang
disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...