MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, November 21, 2011

Sejarah Penting Negara Sepanjang November


PEMBUNUHAN J.W.W. BIRCH 
2 November 1875 - Residen Inggeris, J.W.W. Birch dibunuh di Pasir Salak, Perak setalah diserang oleh empat orang pejuang Melayu iaitu Seputum, Pandak Indut, Che Gondah dan Ngah Ahmad. Birch dilantik sebagai Residen Perak pada 14 Disember 1874 berikutan termenterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. 

Sebagai Residen, Birch diberikan tugas sebagai penasihat dalam semua perkara kecuali perkara yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sebagai seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu, Birch tidak mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat setempat ditambah dengan kejahilannya mengenai adat istiadat orang Melayu, serta memandang rendah pada kebolehan Sultan dan pembesar-pembesarnya. 

Dalam melaksanakan sistem pungutan dan kawalan cukai Inggeris, Birch mengisytiharkan bahawa pungutan cukai hanya boleh dijalankan oleh pemungut yang dilantik oleh Residen Inggeris. Akibat tindakannya, Birch ditentang oleh Datuk Maharaja Lela dan Sultan Perak, Sultan Abdullah. Akibatnya pada 2 November Birch diserang dan terbunuh dalam kejadian tersebut. 


PERASMIAN BANGUNAN PARLIMEN 
2 November 1963 - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullai, merasmikan pembukaan bangunan Parlimen yang menjadi lambang demokrasi di Malaysia. 

Bangunan Parlimen yang terletak di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, berharga RM16 juta dan kerja-kerja pembinaannya bermula pada tahun 1960. Reka bentuk bangunan tersebut dibuat oleh seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya. 

Bangunan Parlimen dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bangunan tiga tingkat dikenali sebagai Dewan Utama, manakala bahagian kedua setinggi 18 tingkat dikenali sebagai Bahagian Menara. 


PEMBUKAAN RASMI ZOO NEGARA 
14 November 1963 - Zoo Negara dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sebelum penubuhan Zoo Negara secara rasmi, sebuah zoo mini diwujudkan dan diuruskan oleh The Malayan Agri-Horticultural Association (MAHA). 

Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, beberapa lokasi dicadangkan untuk dijadikan Zoo Negara dan akhirnya Hulu Kelang dipilih sebagai lokasi yang paling sesuai. Dengan sumbangan RM1.25 juta daripada Kerajaan Persekutuan, 36 ekar hutan belukar ini ditukar menjadi taman zoologi. 

Pada awal pembukaannya, pelawat dikenakan bayaran masuk sebanyak RM0.50 bagi dewasa dan RM0.30 bagi kanak-kanak. Ketika itu hanya terdapat seekor harimau Indo-China, tiga ekor orang utan, dan enam ekor buaya muara. 

Kini Zoo Negara menempatkan lebih 5446 ekor haiwan daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Lebih 85% daripada haiwan yang dilindungi diklasifikasikan sebagai Haiwan Terancam, Haiwan Bakal Pupus serta Haiwan Hampir Pupus. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia