
Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas,ELCB (ELCB- Earth Leakage Circuit Breaker)yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh,pastu kita tolak naik semula keatas tu),benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada dirumah memeriksa sebulan sekali.
Caranya ialah dengan menekan butang 'push to trip' di sebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang 'push to trip' automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dalam keadaan baik tetapi jika anda tekan 'push to trip' dan ELCB anda tidak jatuh, maka cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru.
Rumah anda dalam keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang 'push to trip' rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan, jangan bimbang just tolak semula ke atas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.
Sumber daripada : Friends Of Bomba Malaysia
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...