MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, March 14, 2018

Lima lubang biru paling cantik di dunia

Image result for blue hole dean

Blue Hole Dean - Terletak berdekatan dengan Clarence Town di Long Island, Bahamas. Ia adalah lubang biru paling dalam di dunia. Walaupun kebanyakan lubang biru dan sinkhole mencapai kedalaman maksimum 110 meter, Blue Hole Dean menjunam ke lebih daripada 200 meter, yang menjadikannya luar biasa.

Image result for Watling's Blue Hole

Blue Hole Of Dahab - Terletak di tepi Laut Merah, utara Dahab, Mesir. Ia adalah lubang biru kedua dengan kedalaman 130 meter. The Blue Hole menjadi tumpuan penyelam skuba untuk mencari terumbu karang menerusi terowong yang terhasil di dalamnya.

Image result for Watling's Blue Hole

Watling's Blue Hole - Beberapa lubang biru juga berlaku d darat seperti Watling's Blue Hole yang terletak di pulau Bahamian San Salvador. Walaupun berada di tengah pulau tropika, lubang biru Watling tiada sumber air tawar yang menunjukkan bahawa lubang itu bersambung ke laut melalui laluan bawah tanah.

Image result for The Great Blue Hole Of Belize

The Great Blue Hole Of Belize - Terletak di luar pantai timur Belize, Amerika Tengah. Ia juga berhampiran dengan pusat Reef Lighthouse iaitu bandar kecil 70 kilometer dari tanah besar dan bandar Belize. The Great Blue Hole Of Belize memiliki kedalaman lebih daripada 124 meter dan ianya terbentuk daripada beberapa proses glasiasi kuarza di antara 15000 tahun sehingga 150,000 tahun yang lalu. Ia adalah tempat yang popular di kalangan penyelam skuba.

Image result for The Blue Hole Of Gozo

The Blue Hole Of Gozo - Terletak di pantai barat pulau Gozo, kepulauan Maltese di Laut Mediterranean. Kedalamannya hanya mencapai 15 meter dan lebar 10 meter di dasar tebing. Lubang birunya dihubungkan oleh terowong menuju ke laut terbuka.

1 comment:

  1. Cantik!! Tapi scary jugak kalau nak mandi-manda kawasan situ sebab kita tak pandai swimming heheh.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia