Aplikasi iBOMBA yang dibangunkan oleh JBPM bagi memudahkan orang awam menghubungi jabatan berkenaan untuk menyalurkan aduan atau mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan mudah.
Aplikasi ini juga mengandungi maklumat direktori Ibu Pejabat JBPM Negeri, Pejabat Zon dan Balai-balai seluruh Malaysia. Orang ramai juga boleh mendapatkan tips-tips keselamatan kebakaran seperti tatacara penggunaan lilin/pelita, keselamatan barangan elektrik, keselamatan kebakaran di kolej, cara penggunaan alat pemadam api, cara menyelamatkan diri daripada kebakaran dan keselamatan di jalan raya.
Aplikasi ini sedia dimuat turun di Google Playstore.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...