MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, March 5, 2015

Slogan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia


SLOGAN "CEPAT DAN MESRA"
   
PENGENALAN
Sesuai dengan perkembangan semasa di negara kita, Kerajaan telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia dengan Slogan Nasional iaitu `1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ pada tahun 2008. Slogan ini secara ringkasnya boleh diterjemahkan sebagai memberi penekanan kepada agensi-agensi kerajaan supaya memperkasakan Sistem Penyampaian (Delivery System) secara keseluruhan dalam semua aspek pentadbiran organisasi Kerajaan sesuai dengan aspirasi rakyat dan salah satu unsur yang diberi penekanan ialah `Speed’.

Seiring dengan hasrat tersebut, YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia setelah mengambilalih tampuk kepimpinan tertinggi Jabatan pada 1 November 2010 telah memperkenalkan slogan baru JBPM iaitu “Cepat dan Mesra” (action) atau dalam bahasa Inggeris “Fast and Friendly” dalam ucaptama beliau pada 4 November 2010, sempena Majlis Perjumpaan dengan Pegawai-Pegawai Kanan JBPM di Ibu Pejabat Bomba Malaysia, Putrajaya beriringan dengan slogan yang sedia ada iaitu `Sedia Menyelamat’ (Hasrat). Slogan ini adalah lebih sesuai dan tepat mengikut perkembangan semasa dalam konteks Dasar Global Negara ini.
  
PENERANGAN SLOGAN
Slogan ini merangkumi dua perbuatan iaitu `Cepat’ dan `Mesra’.

Cepat boleh ditafsirkan sebagai sesuatu perbuatan (manusia) yang pantas atau lekas yang terdapat elemen-elemen kualiti seperti kecekapan, kecergasan dan kemahiran (Rujukan: 1. Kamus Dewan; dan 2. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan);

Mesra merupakan satu kata sifat yang bermaksud perasaan atau perhubungan yang bersebati, benar-benar, erat dan karib (Rujukan: 1. Kamus Dewan; dan 2. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan);


PENGHAYATAN SLOGAN
Sebagai sebuah agensi yang perkhidmatan terasnya adalah menawarkan perkhidmatan berbentuk kecemasan dan keselamatan kebakaran, semestinya elemen-elemen kecepatan dan mesra adalah diutamakan.

Cepat
JBPM secara asasnya menawarkan pelbagai jenis aktiviti atau perkhidmatan kepada orang ramai. Aktiviti yang utama adalah Operasi Kebombaan dan Menyelamat serta Keselamatan Kebakaran yang mempunyai kaitan rapat dengan keselamatan nyawa dan harta benda semasa kecemasan atau bukan kecemasan. Kedua-dua bidang perkhidmatan utama ini berkait terus antara orang awam dengan JBPM dan aspirasi rakyat terhadap Jabatan semakin meningkat dalam aspek kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Dalam Operasi kebombaan, Kecepatan bertindak bermula dari penerimaan panggilan kecemasan sehingga operasi selesai. Setiap pergerakan pegawai Bomba hendaklah memanifestasikan elemen `sense of urgency’ dalam mana-mana tindakan pasukan tersebut.

Tindakan yang cepat memaparkan semangat bekerja dari seseorang individu hingga keseluruhan organisasi tersebut. Ia berkait rapat dengan kecekapan dan kemahiran dalam proses menyempurnakan sesuatu perkhidmatan dan tanggungjawab. Kecepatan dapat mempermudahkan dan mempercepatkan proses sesuatu permohonan dan menjimatkan masa pelanggan Jabatan. Ia merupakan tonggak kepada kepercayaan dan keyakinan orang awam terhadap profesionalisma dan kompetensi serta kredibiliti Jabatan.

Walaupun kecepatan adalah terutama (vital) dalam urusan kerja seharian, ia tidak seharusnya mengabaikan lunas-lunas penting seperti peraturan, perundangan, Perintah tetap atau lain-lain dalam skop yang berkaitan; yang dikuatkuasakan oleh JBPM. Apa yang penting ialah seluruh warga JBPM dikehendaki mempunyai sifat atau `mindset’ untuk memudahcarakan (To Facilitate) orang ramai dalam apa jua keadaan atau aktiviti yang dilaksanakan. Dengan adanya `mindset’ yang betul ini, maka secara automatik kerja-kerja yang dilaksanakan akan dipercepatkan demi kebaikan atau faedah orang ramai.

Mesra
Kemesraan kakitangan organisasi JBPM boleh memapankan Jabatan dari perspektif orang awam terhadap budaya kerja yang positif serta keprihatinan organisasi ini dalam urusan seharian. JBPM sebagai sebuah agensi beruniform, sentiasa dilihat sebagai sebuah agensi kerajaan yang serius, bersifat `authority’ dan tidak mudah didampingi dalam urusan seharian dengan pelanggan Jabatan. Justeru itu, elemen Mesra hendaklah dipupuk dalam organisasi ini. Kemesraan boleh diperlihatkan melalui layanan yang baik, pantas menguruskan sesuatu perkara, memahami kehendak pelanggan, sentiasa ingin membantu serta mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam. Kriteria-kriteria ini akan menjadikan orang ramai rasa senang berurusan dengan Jabatan kerana urusan mereka dipermudahkan.

Polisi `No Wrong Door’ merupakan salah satu dasar yang mengutamakan kemesraan dalam pentadbiran Kerajaan yang amat releven dengan Slogan JBPM ini. Semua warga JBPM seharusnya menghayati polisi ini dan menjadikan ia sebagai amalan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

PENUTUP
Slogan “Cepat Dan Mesra” diharap menjadi daya penggerak kepada seluruh warga JBPM dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan mengubah ke arah gaya kerja yang lebih pragmatik berlandaskan kepada kepantasan dan kemesraan. Amalan kerja yang suka tunggu dan tangguh seharusnya dikikis dan dihapuskan dalam organisasi ini manakala kepuasan pelanggan (Customer’s Satisfaction) hendaklah sentiasa diutamakan. 

Sumber : www.bomba.gov.my

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia