Pelbagai variasi Power Bank semakin kerap dihasilkan pengeluar berikutan ada permintaan yang mahukan lebih kepelbagaian dalam pilihan. Perbezaan tersebut dapat dilihat daripada segi saiz, harga, kualiti sel bateri, gred sel bateri, kesesuaian, sistem keselamatan serta reka bentuk litar keselamatan PCB.
Kemusykilan itu penting
Oleh sebab itu, kebarangkalian untuk pengguna tersilap membeli adalah amat tinggi. Dengan tawaran yang dilihat seakan-akan tidak munasabah, pengguna sepatutlah lebih peka dan kemusykilan berkaitan tawaran patut ada. Setiap perniagaan mahukan keuntungan. Jangan anda pula menjadi mangsa.
Selain itu, pengetahuan pengguna mestilah lebih terutamanya jika ia melibatkan tawaran yang bernilai tinggi. Berikut ialah beberapa kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh pengguna semasa pemilihan dan pembelian Power Bank. Jadikan panduan supaya anda tidak turut sama terlibat di masa akan datang.
01. Pilihan berdasarkan kapasiti
Salah satu sebab utama pembelian Power Bank yang perlu dirujuk
kembali adalah kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, pilihlah yang
memudahkan urusan seharian. Lihat kepada kapasiti yang bersesuaian
dengan penggunaan seharian anda. Usah beli Power Bank dengan kapasiti
yang besar, serta berat semata-mata ingin kelihatan mewah.
02. Hiraukan kualiti sel bateri
Sel bateri ialah aspek utama yang perlu anda lihat selain perkara di
atas. Sesetengah pengguna memilih Power Bank kerana jenama yang sedia
ada di pasaran atau harga yang murah tetapi tidak menghiraukan berkenaan
sel bateri yang digunakan. Kualiti sel bateri merupakan elemen utama
yang akan menentukan jangka hayat Power Bank anda.
03. Kapasiti besar harga murah
Tawaran sebegini sering kali mengaburi mata pengguna. Sama ada di
pasaran terbuka atau pun di pasaran dalam talian. Dengan tawaran
kapasiti besar dengan harga murah yang seakan-akan mustahil, pengguna
selalunya melihatnya sebagai peluang keemasan tanpa melihat spesifikasi
lain. Oleh itu, selidik terlebih dahulu dan kalau boleh, soal penjual
kenapa ia terlalu murah daripada kebiasaan.
04. Tiada ciri keselamatan
Pensijilan UL memastikan Power Bank tersebut memiliki standard
kawalan kualiti dan output yang sebenar akan membuatkan peranti anda
selamat. Selain itu, ciri-ciri keselamatan tambahan seperti perlindungan
khusus seperti yang diterangkan dalam artikel sebelum ini banyak
membantu memastikan pilihan anda berbaloi untuk digunakan dalam tempoh
masa yang lama.
05. Sambungan tiruan
Kadang kala, sesetengah Power Bank memiliki pelbagai jenis sambungan,
dan tidak semuanya asli. Jika anda melihat ini sebagai aspek yang tidak
penting, anda salah. Sambungan tiruan dan tidak berkualiti boleh
mengakibatkan litar pintar. Apa yang sebetulnya, gunakan sambungan
peranti original kerana ia lebih selamat dan stabil.Artikel dipetik daripada karangkraf pada 12 Januari 2015
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...