JUDUL BUKU TERKINI
Monday, March 30, 2015
Kita telah melihat purata kejatuhan hanya lima darjah celcius dalam masa seribu tahun boleh menyebabkan era ais, jadi apa yang berlaku jika suhu Bumi secara purata meningkat beberapa darjah dalam tempoh beberapa ratus tahun. Tidak terdapat jawapan yang jelas mengenainya. Malah ramalan cuaca jangka pendek tidak pernah tepat kerana iklim adalah fenomena kompleks. Apabila ia melibatkan ramalan jangk...
Continue Reading- Menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan.
- Menggalakan orang ramai membuang sampah di tempat sepatutnya. Didik mereka untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Wujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut.
- Kumpulkan bahan-bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitaran semula.
- Didik orang ramai membuat baja kompos daripada sisa makanan. Ia boleh digunakan untuk pokok bunga atau sayuran yang ditanam di halaman. Dengan ini, mereka akan turut dididik dengan konsep " berbakti kepada tanah ".
- Majalah-majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula dengan cara mengumpulkan artikel-artikel tertentu untuk dijadikan scrap book atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang diminati. Ia akan membantu menjana pemikiran.
- Terapkan sifat berjimat cermat seperti mengunakan semula barang-barang lama dan jadikan kraftangan seperti beg, selimut atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubah suai menjadi tabung, bekas alat tulis atau arca.
- Pakaian anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim.
- Bawa beg sendiri untuk membeli belah.
- Galakkan orang ramai menyertai program berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar.
Sumber maklumat,
Utusan Malaysia
Menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan. Menggalakan orang ramai membuang sampah di tempat sepatutnya. Didik mereka untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semul...
Continue ReadingFriday, March 27, 2015
Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit Apakah yang dimaksudkan dengan serat? Serat adalah bahagian daripada tanaman yang tidak boleh dicerna oleh manusia. Tanaman memberikan kekuatan dan struktur mereka. Serat yang ditemui dalam biji-bijian, bijirin, gandum, buah-buahan, sayuran, Psyllium sekam, kacang-kacangan, biji-bijian dan polong-polongan (kacang kering,...
Continue ReadingThursday, March 26, 2015
Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifid...
Continue ReadingWednesday, March 25, 2015
Sering kedengaran berlakunya pencerobohan terhadap akaun-akaun laman web sosial Facebook. Bagaimanakah untuk menggunakannya secara selamat? Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-pelanggan dengan agensi-agensi jualan, rakyat dengan pemerintah, pelajar-pelajar dengan pensyarah dan lain-lain. |
Selain daripada itu, berhati-hatilah dengan e-mel palsu yang meminta maklumat dan kata laluan bagi akaun Facebook anda.
Sering kedengaran berlakunya pencerobohan terhadap akaun-akaun laman web sosial Facebook. Bagaimanakah untuk menggunakannya secara selamat? Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-p...
Continue ReadingMonday, March 23, 2015
InsyaAllah kita akan mendapat jawapan atau tanda-tanda alamat melalui mimpi atau gerak rasa. Jika anda rasa tidak sedap hati, maknanya jika anda teruskan juga untuk melakukan nya, ia akan jadi musibah. Jika kita rasa tenteram dan tenang, maka kita sudah tahu jawapannya. Dan teruskan niat tersebut. Solat istikharah sangat digalakkan untuk mereka yang mahu mendapat jalan keluar terbaik kerana keputusan yang dibantu hidayah selalunya akan membawa hasil diharapkan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Sembahyang Istikharah Petunjuk Kebenaran Pengenalan Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Se...
Continue ReadingFriday, March 20, 2015
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
- Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
- Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
- Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Pengenalan Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pad...
Continue ReadingTuesday, March 17, 2015
Monday, March 16, 2015
Pengguna mungkin akan keliru dengan pelbagai jenama dan jenis Power Bank mudah alih yang terdapat di pasaran jika tidak biasa dan kurang pengetahuan berkenaan bateri. Secara amnya, Power Bank berbeza-beza antara satu sama lain walaupun kapasiti bateri adalah sama. Pelbagai variasi Power Bank semakin kerap dihasilkan pengeluar berikutan ada permintaan yang mahukan lebih kepelbagaian dalam p...
Continue ReadingFriday, March 13, 2015
Jadi, apakah yang perlu dilakukan jika sejarah perbualan Whatsapp anda tiba-tiba lesap?
Selalunya, isu mesej Whatsapp hilang terjadi akibat perkara-perkara berikut:
Cara restore untuk sebab 1 dan 2:
Lebih baik jika fail-fail backup anda turut disalin ke PC atau ke storan awan (cloud). Rasa leceh sedikit tak mengapa, lebih baik beringat sebelum kena!
Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa aplikasi permesejan Whatsapp ialah darah daging kepada telefon pintar. Ia menjadikan perhubungan sosial lebih cepat, mudah dan lebih peribadi berbanding perkhidmatan SMS dan media sosial. Maka, pasti banyak maklumat penting yang tersimpan di dalamnya. Jadi, apakah yang perlu dilakukan jika sejarah perbualan Whatsapp anda tiba-tiba lesap? Selal...
Continue ReadingWednesday, March 11, 2015
- Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
- Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
- Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.
Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/
Pengenalan Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tin...
Continue ReadingTuesday, March 10, 2015
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakan akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.
Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkara perlu dilakukan adalah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya.
Ciri-ciri Untuk Mencapai tahap kecermerlangan adalah seperti berikut:
Bersikap inisiatif.
Pekerja yang mempunyai sikap inisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya kesilapan.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang yang mereka ceburi. Oleh itu, mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.
Mempunyai sikap yang positif
Bersikap positif dan mempunyai niat yang betul ketika bekerja. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja dilakukan. Ramai orang bekerja, tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.
Bertanggungjawab terhadap masyarakat
Bertanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat perbuatan itu kepada masyarakat dan alam sekitar.
Amanah Dalam Menjalankan Tugas,
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat itu.
Komited terhadap kerjaya
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya diceburinya. Komited dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja yang cemerlang.
Akhlak Yang Mulia
Akhlak, adalah teras pembentukan etika kerja profesional. Akhlak mulia yang dimiliki seseorang pekerja mahu pun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Jujur dalam pekerjaan. Sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau dusta.
Kesimpulan
Inilah beberapa perkara perlu ada pada seseorang pekerja untuk membentuk kecemerlangan kerjaya seseorang dalam acuan perspektif Islam. Ciri-ciri diatas kan dalam membentuk situasi kerja yang cemerlang dan mencpai matlamat organisasi dengan lebih jaya dan tepat pada masanuya.
Pendahuluan Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakan akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan t...
Continue ReadingMonday, March 9, 2015
Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
Etika:
Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.
Integriti:
Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.
Budaya kerja
Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.
Integriti Bukan Isu Rasuah sahaja
Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.
Budaya Kerja Dalam Organisasi
Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Antara objektifnya:
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
Budaya Kerja Berkualiti
Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian;
i) Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.
ii) Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut.
iii) Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.
iv) Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.
v)Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.
PENUTUP
Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.
Sumber : Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasioanal
Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti. Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat...
Continue ReadingFriday, March 6, 2015
Apakah Ribut Petir?
Bagaimana Ia Terjadi?
Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil
-
Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap.
-
Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.
-
Awan ribut petir yang matang kerapkali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5 kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan.
-
Purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.
-
Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang
Letusan ke bawah ialah istilah yang menjelaskan tentang penurunan cepat udara di suatu kawasan kecil di bawah ribut petir. Angin kencang yang terhasil boleh mencapai kelajuan yang amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kemusnahan ketara di sepanjang laluannya dan sangat berbahaya kepada operasi penerbangan.
Apakah Kilat?
Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.
Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C - iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.
Tempoh Ribut Petir Selalu Berlaku
Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November.
Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November. Di daratan, ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan senja manakala di lautan, ia kerap berlaku pada sebelah malam.
Kilat boleh menyebabkan kerosakan peralatan elektrik yang terpasang dan boleh mencetuskan kebakaran. Kebanyakan kematian dan kecederaan akibat daripada kilat terjadi kepada mereka yang berada di luar bangunan.
Di Malaysia, ribut petir merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja. Apakah Ribut Petir? Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba.yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh) Bagaimana Ia Terjadi? Ribut petir...
Continue ReadingThursday, March 5, 2015
- Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain .
- Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.
- 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelamat negeri-negeri.
- Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada pelanggan dan "stakeholders" ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
- Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.
- Bahagian atas logo JBPM, terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja jabatan.
- Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional.
- Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran melambangkan sembilan Negeri Beraja, kuasa jabatan untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan juga kemakmuran negara.
- Ikatan tali 'clove' melambangkan jabatan menjalankan kerja-kerja penyelamatan.
- Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, manakala warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada komuniti.
BENDERA RASMIBendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain .Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelama...
Continue Reading- Berkhidmat untuk negara kerana Allah.
- Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat
- Taat dan Setia, Cekal dan Sabar.
- Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin.
- Siap sedia setiap masa.
- Seerat Serasa Sehati Sejiwa.
Sumber : www.bomba.gov.my
Terdapat 6 etika yang diguna pakai di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia: Berkhidmat untuk negara kerana Allah. Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat Taat dan Setia, Cekal dan Sabar. Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin. Siap sedia setiap masa. Seerat Serasa Sehati Sejiwa. Sumber : www.bomba.gov.my...
Continue ReadingSLOGAN "CEPAT DAN MESRA" PENGENALANSesuai dengan perkembangan semasa di negara kita, Kerajaan telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia dengan Slogan Nasional iaitu `1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ pada tahun 2008. Slogan ini secara ringkasnya boleh diterjemahkan sebagai memberi penekanan kepada agensi-agensi kerajaan supaya memperkasakan Sistem Penyampaian (Delivery Sy...
Continue ReadingWednesday, March 4, 2015
Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.
Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah
Kepada Siapa Kita Bersedekah
Fadilat Bersedekah
- Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang berharta dan kaya.
- Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.
- Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.
- Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan. Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.
Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah
Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)
Konsep Bersedekah
Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal.
Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya.
Allah juga akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Dalam surah al-Lail, Allah telah menyatakan tentang sifat kedekut dan ego di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah.
Bahkan Seseorang yang tidak suka bersedekah adalah umpama seseorang yang mempunyai benih tanaman, tetapi tidak pula ia menanamnya. Orang yang tidak suka bersedekah ini tidak akan dapat memungut atau menuai hasil rezekinya itu.
Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :
"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah pemberi dan tangan yang di bawah adalah penerima”.
( Riwayat muslim )
Bersedekah Menghapuskan Dosa dan Penyakit
Orang yang diuji dengan sakit, hendaklah berusaha mengubati penyakitnya itu. Salah satu dari caranya adalah dengan memberi sedekah.
Rasulullah SAW telah bersabda :
”Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”.
Sabda rasulullah SAW:
"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.
Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan. Di antaranya seperti berikut:
Sedekah itu ada 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .
Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga
Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku-gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Nabi Muhammad saw terlepas daripada api neraka. Kata Jibril : Allah utuskan aku, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu. Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu.( dari kitab Raudhul Ulama’).
Keikhlasan bersedekah
Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari).
Bersedekah Di Bulan RamadhanSabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun. (Hadis At Tirmidzi)
Bersedekah Secara Senyap
Setiap sedekah atau derma hendaklah dilakukan dalam keadaan senyap atau dalam erti kata lain, tanpa pengetahuan orang ramai. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda berhubung sedekah yang bermaksud: “Sesungguhnya di bawah teduhan Arasy pada hari tidak ada teduhan, melainkan teduhan Allah ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikannya sedekah itu sehingga tidak diketahui tangan kirinya.”
Begitu rapatnya hubungan tangan kanan dengan tangan kiri tetapi setiap sedekah yang diberi tangan kanan tidak seharusnya diketahui tangan kiri. Demikianlah, sedekah patut dirahsiakan malah kepada orang yang paling rapat dengan kita tidak usah diberitahu. Demikian konsep sebenar sedekah atau derma menurut Islam.
Sumber Rujukan : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Yayasan Dakwah Islam Malaysia
Pengertian Bersedekah Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah Kepada Si...
Continue ReadingPerpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
WebOpac Pencarian Buku (Ibu Pejabat)
WebOpac Pencarian Buku (Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah)
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2025
(437)
- ► March 2025 (63)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
▼
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
-
▼
March 2015
(19)
- APAKAH KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ARAS LAUTAN
- PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENJAGA...
- Kepentingan Pengambilan Serat
- Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
- Pencerobohan Facebook - Bagaimana menanganinya?
- Solat Istikharah Memohon Petunjuk dan Keredhaan
- Keberkatan dan kelebihan hari Jumaat
- Info Kesihatan
- 5 Kesilapan Pilih Power Bank
- Cara Pulihkan Mesej Whatsapp untuk Telefon Android
- Pengurusan Diet Untuk Pesakit Gout
- Budaya Kerja Cemerlang
- BUDAYA ETIKA DAN INTEGRITI MEMBENTUK BUDAYA KERJA ...
- Ribut Petir
- Bendera dan Logo Jabatan Bomba Dan Penyelamat Mala...
- Etika Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
- Slogan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
- Bersedekah Adalah Keberkatan Yang Berpanjangan
- Pendermaan Organ Menurut Perspektif Islam
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
1. Lakukan Pemeriksaan Mata Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setah...
-
Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang or...
-
Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana; Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap...