MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, August 7, 2015

Tip Menjaga Kertas Dinding

Eva by Sissa Sundling - Sandberg

Kertas dinding memerlukan kos tinggi untuk pemasangan tetapi tahan lama jika penghuni tahu teknik pengendalian dan penjagaan sepatutnya.
 
1. Anti Detergen
Perlu diingatkan permukaan kertas dinding tidak boleh basah. Elakkan penggunaan bahan detergen dan agen pembersih lain agar warna dan corak kertas dinding tidak luntur. Lap debu dan kotoran melekat dengan kain mikro-fiber kering.
 
2. Melawan Kulat
Pembentukan kulat terjadi apabila udara kotor bersatu dengan permukaan lembap menjadikan bintik-bintik hitam atau lebih teruk ‘corak peta’ pada dinding. Campurkan sedikit air dan agen pembersih kertas dinding profesional dan lap kertas dinding sehingga keluar kulat.
 
3. Arang
Musuh utama kertas dinding adalah kelembapan. Anda boleh meletakkan beg arang di setiap pojok berdekatan sisi dinding untuk menyerap lebihan lembapan. Malah, arang juga berkesan menghapus bau di dalam rumah.
 
4. Uji Kaji
Jika tidak pasti kertas dinding anda boleh dicuci dengan air atau tidak, lakukan ujian kecil untuk memeriksa potensi keroasakan warna dan corak kertas dinding. Paling ideal ialah di bahagian bucu bawah dinding.
 
5. Hapuskan Habuk
Gunakan penyedut hampagas untuk membuang segala debu dan habuk atau mungkin sawang yang melekat di permukaan kertas dinding. Lebih selamat dan mudah!

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, August 6, 2015

Elakkan Tragedi Penculikan



Image result for children safety
Sejak kebelakangan ini terlalu banyak berita mengenai kanak-kanak hilang, diculik atau lebih malang lagi, diperkosa dan dibunuh. Sebagai ibu bapa, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini dengan mengamalkan langkah berjaga-jaga yang patut dipatuhi oleh anda sendiri, anak-anak anda serta pengasuh atau penjaga anak-anak.
 
1. Beri perhatian kepada anak anda
Pastikan anda tahu di mana dia berada di setiap masa. Jika keluar berjalan dengan anak-anak, seeloknya anda memegang tangan anak-anak yang kecil sementara yang besar sedikit berada berdekatan dengan anda. Jika dia sudah cukup tua untuk berjalan-jalan sendiri, tetapkan waktu tertentu untuk berjumpa semula dengannya atau untuk dia pulang ke rumah dan pastikan dia faham betapa pentingnya untuk dia patuhi had waktu ini. Jika anda hantar anak ke rumah pengasuh atau ada pengasuh menjaga mereka, pastikan dia juga mematuhi langkah-langkah ini. Selain itu, berikannya nombor-nombor telefon penting untuk dihubungi sekiranya apa-apa berlaku.
 
2. Pastikan anak anda sentiasa berjaga-jaga
Walau ia isu yang sensitif, anda patut beritahu anak anda tentang apa yang boleh berlaku jika dia diculik. Bukan mahu menakut-nakutkannya tetapi dia perlu sedar mengapa ibu dan ayah menerapkan undang-undang keselamatan keluarga.
 
3. Pastikan dia faham bahaya-bahaya berikut:
  • Mengikuti orang yang tidak dikenali, terutamanya jika orang itu mempelawanya menaiki kereta. Dia tidak patut mengikuti seseorang yang tidak anda kenali, walaupun anak anda mengenalinya.
  • Menerima sebarang pemberian daripada orang yang tidak dikenali.
  • Berjalan seorang diri, terutama di tempat awam, atau di luar kawasan rumah, walaupun untuk ke taman permainan.
  • Menerima pelawaan orang asing untuk memasuki rumah mereka •Memberitahu orang asing nama, alamat tempat tinggal serta nombor telefon penjaga, sama ada di telefon atau bersemuka dengan orang ini.
  • Membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

Terapkan satu sistem tetap untuk mengambil anak dari sekolah, rumah penjaga atau rumah kawan-kawan. Sistem ini patut dipatuhi semua yang terlibat, termasuk anda, anak anda, pengasuh atau penjaga, serta sesiapa yang ditugaskan untuk mengambil anak anda dari sesuatu tempat.

4. Rahsiakan butiran anak anda
Jika boleh, jangan tulis nama anak anda di mana-mana barang kepunyaannya yang boleh dilihat orang, contohnya di beg sekolah, bekas makanan dan botol minuman, dan sebagainya. Seorang bakal penculik boleh menggunakan maklumat ini untuk berpura-pura mengakui yang dia kenal anak anda kerana dia tahu namanya.

5. Ajar anak anda teknik pertahan diri
Terdapat beberapa perkara yang boleh anak anda lakukan jika dia dihampiri seseorang yang mencurigakan termasuk menjerit sekuat hati, memeluk erat orang lain atau objek tidak bergerak seperti pokok atau tiang, menggigit tangan penyerang atau mana-mana bahagian lain untuk melepaskan diri serta menendang mana-mana bahagian badan penyerang sekuat hati. Tindakan-tindakan yang paling efektif ke atas penyerang termasuk menggigit telinga dan tengkuknya sehingga koyak, menggenggam dan menarik sekuat hati telinga, tengkuk dan bibir bawah penyerang, menendang celah kangkang, dada, tengkuk, mata dan hidungnya dan menghayun tangan bagai kayu besbol ke mana-mana bahagian tadi. Sekali-sekala, ingatkan anak anda langkah-langkah ini agar ia sentiasa segar di mindanya dan dapat bertindak dengan betul sekiranya sesuatu terjadi. Kemudian, sejurus melepaskan diri, anak anda mesti berlari sepantas mungkin ke tempat di mana terdapat ramai orang awam.

6. Ajarnya cara melepaskan diri dari kereta
Andai kata anak anda berjaya diculik dan dibawa masuk ke dalam kereta, ajar anak anda agar tidak panik dan cuba cari cara terbaik untuk melepaskan diri. Apabila penculik lalai, dia boleh membuka pintu kereta dan lompat keluar ketika kenderaan tidak bergerak terlalu laju. Jika dicampak ke dalam but kereta, cari satu panel yang mudah ditanggalkan dan tendang keluar lampu belakang kereta dari dalam. Pemandu kereta belakang pasti dapat melihat tangan atau kaki anak anda melambai-lambai dari dalam but.

Continue Reading
No comments
Share:

Tangani Ketagihan Gajet Anak Kecil


Anak-anak zaman millineum ini memang amat pintar dalam hal-hal teknologi. Pada umur di mana kita dahulu mungkin cuma pandai bermain masak-masak atau membentuk tanah liat, seorang anak berumur dua tahun sekarang sudah pandai mengendalikan gajet seperti telefon pintar dan tablet untuk bermain aplikasi kegemarannya. Malahan ada yang sudah pandai mencari video kegemarannya di YouTube meskipun belum pandai mengeja.

Tidak dinafikan ada kesan positif hasil pendedahan kepada aplikasi-aplikasi tablet dan telefon pintar serta dunia Internet. Contohnya, aplikasi berasaskan pembelajaran, juga sesetengah permainan video, mengajar pengguna berfikir dengan bijak dan pantas. Namun jika anak-anak terlalu bergantung pada gajet, kesannya lebih banyak yang buruk berbanding baiknya. Jika anda rasa anak anda terlalu ketagihkan gajet, bertindak segera dengan mengurangkan penggunaan alat tersebut.

Digital Detox Cara Atasi Ketagihan Gajet
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan kepada gajet:
  • Jauhkan mereka daripada segala gajet dan Internet untuk 72 jam, kecuali jika diperlukan untuk kerja sekolah.
  • Bantu anak-anak melawan perasaan ketagih dengan menyediakan aktiviti-aktiviti lain untuk dilakukan, seelok-eloknya aktiviti yang tidak melibatkan elektronik termasuk menonton TV atau wayang.
  • Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuk bersukan, luncur ais, membawa mereka ke taman tema permainan, menonton konsert, mandi sungai atau pantai, dan lain-lain aktiviti luar rumah. Lebih baik lagi jika ia sesuatu yang tidak pernah dilakukannya.
  • Selepas 72 jam dan dilihat dia kurang bertanya tentang gajetnya, anda boleh memulangkan gajet kepada anak tetapi mesti dengan syarat yang ia hanya boleh digunakan untuk had masa tertentu dalam sehari.
  • Sediakan jadual aktiviti seharian untuknya di mana ditekankan yang dia hanya dibenarkan bermain gajet usai melakukan kerja sekolah atau ulangkaji pelajaran, dan ia hanya untuk satu atau dua jam sehari.
  • Pastikan tempat simpan gajet tidak mudah dicapai anak. Jauhkan ia dari tempat tidur anak agar ia bukan benda terakhir dilihatnya sebelum tidur dan benda pertama dicapainya apabila terjaga.
  • Anda sendiri perlu mengurangkan interaksi dengan gajet anda sendiri, terutamanya ketika meluangkan masa bersama-sama keluarga contohnya semasa makan malam atau melakukan aktiviti hujung minggu kerana anda perlu menjadi contoh dan teladan terbaik buat anak.

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia