Tabiat menabung mesti dipupuk dari kecil lagi
Tabiat menabung perlu dipupuk dari awal. Sikap ini mesti diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Menabung dikategorikan dalam beberapa jenis. Di antaranya:
a) Menyimpan wang tunai ke dalam tabung khas di rumah
b) Membuka akuan simpanan peribadi atau bersama
c) Membuat pelaburan dengan saham amanah
d) Menabung dengan tabung haji
e) Menabung dengan membeli emas
f) Membuka akaun simpanan emas di bank tertentu yang menawarkannya.
Mulakan dengan menabung sikit demi sedikit, berikan kepada anak anda
duit syiling dana ajar dia masukkan sendiri dalam tabung setiap hari.
Menurut pakar psikologi, sesuatu perbuatan berubah menjadi tabiat atau
budaya selepas diamalkan secara tetap selama 21 hari.
Apabila tabung sudah penuh, ajak anak mengira jumlah wang dalam tabung
bersama-sama supaya anak dapat menilai hasil tabungan dia selama ini.
Ini akan merangsang anak anda untuk minat menabung yang berikutnya.
Hasil tabungan ini juga merupakan hadiah untuk mereka. Mereka boleh
membeli apa yang mereka kehendaki dengan duit tabungan tersebut. Jumlah
selebihnya bolehlah didepositkan dalam akaun persendirian.
Bagi orang dewasa pula, paksa diri anda menyimpan sedikit wang ke dalam
akuan simpanan anda pada setiap bulan. Selain itu, anda boleh buat
pemotongan gaji bulanan terus ke akaun anda. Anda mungkin tidak dapat melihat dalam waktu yang singkat, tetapi
apabila anda melihat jumlah simpanan anda beberapa tahun selepas itu,
anda akan lebih bersemangat untuk menyimpan untuk kegunaan peribadi dan
keluarga.
Simpanan juga amat penting bila anda berada dalam kesulitan terutama ekonomi keluarga.
Disunting Daripada Harian Metro
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...