JUDUL BUKU TERKINI
Friday, November 27, 2015
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA BANJIRBanjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:- Hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air. Proses...
Continue Reading- Hujan yang berterusan
- Proses pembandaran
- Hakisan sungai
- Pemusnahan hutan
- Sistem perparitan tidak terancang
- Kerosakkan fizikal- Struktur bangunan rosak akibat limpahan air dalam tempoh yang panjang dan tanah runtuh juga mungkin berlaku.
- Pencemaran bekalan air - Air bersih sukar dicari dan timbul masalah penyakit bawaan air.
- Kemusnahan kawasan tanaman/pertanian -bekalan makanan berkurangan
- Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkiatan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah.
- Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar rumah tidak tersekat.
- Pastikan lokasi pusat pemindahan.
- Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.
- Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.
- Pastikan bekalan ubat mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.
- Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah.
- Memastikan seluruh ahli keluarga faham mengenai implikasi banjir dan bersedia menghadapinya.
- Meletakkan kenderaan di kawasan yang tindak pernah dinaiki air dan pastikan kenderaan tersebut berkunci.
- Simpan nombor telefon yang penting seperti ahli keluarga, jiran, balai polis dan hospital terdekat dan bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.
- Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan.
- Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.
- Pindah ke pusat penempatan mangsa banjir apabila diarahkan berbuat demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.
- Jangan biarkan ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak bermain air di luar rumah.
- Pindahkan peralatan rumah ke tempat yang paling tinggi di dalam rumah.
- Pastikan dokumen penting tidak ditenggelami air dan bawa bersama sekiranya diarahkan untuk berpindah.
- Pastikan bekalan elektrik, gas dan air ditutup semasa meninggalkan rumah.
- Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir melalui radio dan televisyen.
- Ikut laluan perpindahan yang diarahkan kerana laluan singkat mungkin boleh mengundang bahaya.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh
- Elakkan keluar rumah dengan meredah banjir jika keadaan tidak mendesak.
- Jangan minum dan menggunakan air yang tercemar untuk memasak.
- Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan berbuat demikian.
- Periksa keadaan rumah untuk memastikan keadaannya selamat untuk didiami.
- Masuk ke rumah dengan berhati-hati dan pastikan anda memakai kasut.
- Pastikan rumah anda bebas daripada binatang berbisa dan gunalah kayu untuk mengalihkan barangan yang bertaburan di lantai.
- Periksa paip gas yang mungkin bocor.
- Periksa bekalan elektrik yang tenggelam.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- Laporkan kerosakan harta benda awam kepada pihak berkuasa.
- Buang bahan makanan yang terendam termasuk makanan dalam tin.
- Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar.
- Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir.
Banjir? Banjir atau juga disebut bah merupakan bencana alam yang berlaku apabila air menenggelami kawasan yang luas. Banjir bukan saja mampu merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa. Banjir juga mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir, harus peka dan b...
Continue Reading- Di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
- Di kaki atau permukaan atas cerun
- Di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
- Di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak
- Di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
- Di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai
- Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
- Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
- Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
- Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
- Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
- Kepecahan serta kebocoran pada paip air
- Kecondongan pada tiang telefon / elektrik, pokok, dinding penahan atau pagar
- Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
- Pemendapan ketara permukaan jalan
- Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa
Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia. Kawasan tanah runtuh boleh berlaku: Di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama Di kaki atau permukaan atas cerun Di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama Di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak Kawasan yang selamat daripada ta...
Continue ReadingWednesday, November 25, 2015
Lembaga Pengurusan Anak-Anak Yatim
884, Jln Paya Rumput Batu 11 1/2,
Tanjung Batu, Melaka.
Tel: 06-3512364
Badan Usaha Didikan Anak Yatim, (BUDI)
Rumah Budi, Jln Pegawai, Yan,
06900 Kedah
Tel: 04-4655208
Jemaah Pengurus Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin
Pos Kota, 71350, Kota Negeri Sembilan
Tel: 06-4381411
Fax: 06-4383025
Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Sabak Bernam
Lot 5204, Jln Parit 1 Timur, Sungai Besar,
45300, Selangor
Tel: 03-32242849
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang
30, Jalan Besar, Kluang, 86000, Johor
Tel: 07-7725841
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PKAYNS)
Lot 459, Block 14, Jln Siol Kanan, PetraJaya,
93050 Kuching
Tel: 082-446955
Fax: 082-446939
The Salvation Army Kuching Boy's Home
Jln Ban Hock, P.O Box 547,
93700 Kuching, Sarawak
Tel: 082-242623
Fax: 082-231948
Monfort Youth Trainers Centre
Jln Bongoon-Kodundungan-Gamang,
Donggongan, Penampang,
89507 Sabah
Tel: 088-721053
Fax: 088-721054
Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah
Tambunan Sabah,
89650 Sabah
Tel : 087-774120
Fax: 087-774170
Syarat Pengambilan
- Anak lelaki dan perampuan. Anak kematian ibu dan bapa,
- Anak kematian bapa sahaja.
- Umur tidak melebihi 12 tahun (Ketika memohon had penjagaan sehingga 18 tahun.
- Islam (Atau bukan Islam dengan syarat penjaga memberi persetujuan bertulis anak itu didik dengan didikan Islam)
Status Penghuni
- Yatim Piatu,
- Kematian Bapa,
- Kematian Ibu,
- Penceraian,
- Hidup susah (ibubapa)
Rumah-Rumah Kebajikan Yang Ada Di Sekitar Malaysia: Lembaga Pengurusan Anak-Anak Yatim 884, Jln Paya Rumput Batu 11 1/2, Tanjung Batu, Melaka. Tel: 06-3512364Badan Usaha Didikan Anak Yatim, (BUDI) Rumah Budi, Jln Pegawai, Yan, 06900 Kedah Tel: 04-4655208 Jemaah Pengurus Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Pos Kota, 71350, Kota Negeri Sembilan Tel: 06-4381411 Fax: 06-4383025Kebajikan Anak...
Continue ReadingDalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk- penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Untuk mendapat maklumat dengan lebih lanjut sila Klik sini
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk- penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri. Untuk mendapat maklumat dengan lebih lanjut sila Klik sini...
Continue ReadingJANGAN MENINGGALKAN ANAK ANDA DI TEMPAT DUDUK KESELAMATAN TANPA PENGAWASAN
Salah satu daripada perkara berikut mungkin boleh berlaku apabila anak anda ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah kenderaan :
1. Tahap suhu dalam kenderaan boleh mencecah paras dapat mengancam nyawa anak anda.
2. Anak anda boleh tercedera disebabkan oleh tingkap otomatik atau “sunroof”.
3. Anak anda boleh diculik atau dilarikan sekiranya kereta dicuri.
4. Anak anda secara tidak sengaja boleh menolak gear kenderaan dan ini boleh menyebabkan kenderaan bergerak.
Artikel disunting daripada sumber: http://www.panducermat.org.my
JANGAN MENINGGALKAN ANAK ANDA DI TEMPAT DUDUK KESELAMATAN TANPA PENGAWASAN Salah satu daripada perkara berikut mungkin boleh berlaku apabila anak anda ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah kenderaan : 1. Tahap suhu dalam kenderaan boleh mencecah paras dapat mengancam nyawa anak anda.2. Anak anda boleh tercedera disebabkan oleh tingkap otomatik atau “sunroof”.3. Anak anda b...
Continue Reading |
|
Ramai orang malas mencari tempat yang betul untuk melintas jalan, maka mereka melintas di mana-mana dan bila-bila sahaja mereka suka. Sebenarnya, tempat-tempat yang selamat untuk melintas jalan adalah di: Lintasan zebra Lintasan undan Jejantas pejalan kaki Jika anda tidak menjumpai tempat yang disenaraikan di atas, maka tem...
Continue ReadingFriday, November 20, 2015
Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana :
-
Gerhana matahari
-
Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.
-
Gerhana bulan
-
Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.
Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi.
Fasa Gerhana Bulan Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana : Gerhana matahari Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka t...
Continue ReadingUntuk membentuk lapisan pertama tanah berukuran 2.5 sentimeter mengambil masa 500 tahun melalui proses semula jadi. Pada umumnya lapisan luar bumi diliputi oleh tanah yang terbentuk daripada hakisan batu, tumbuhan dan haiwan yang reput.
Bumi Untuk membentuk lapisan pertama tanah berukuran 2.5 sentimeter mengambil masa 500 tahun melalui proses semula jadi. Pada umumnya lapisan luar bumi diliputi oleh tanah yang terbentuk daripada hakisan batu, tumbuhan dan haiwan yang reput. Bakteria dan kulat memecahkan bahan-bahan organik untuk menukarkannya menjadi tanah dan akar tumbuh-tumbuhan membantu memecahkan batu untuk tuju...
Continue ReadingBelon yang diisi dengan gas helium lebih cepat mengecut. Belon mempunyai liang yang amat kecil di dalamnya seperti lubang kecil yang membenarkan udara atau helium keluar. Justeru kita dapat melihat belon yang telah ditiup lama kelamaan akan mengecut. Bagaimanapun belon yang diisi helium lebih cepat mengecut kerana atom-atomnya lebih kecil berbanding atom-atom dalam pernafasan...
Continue ReadingPokok tidak pernah berhenti membesar. Setiap tahun ia akan mengeluarkan lebih banyak cabang dan semakin membesar. Malah ada yang mengatakan bahawa pokok akan membesar selama-lamanya.
Namun begitu pokok akan mati jika ia terkena penyakit dan diserang serangga tetapi jika ia sihat iaA akan terus membesar. Terdapat pokok yang cepat membesar tetapi tumbesarannya akan terbantut jika terhalang daripada cahaya matahari dan akan mati. Pokok mempunyai sejenis sel yang dinamakan totipotency iaitu sel yang mampu membentuk sel-sel lain.
Manusia tidak mempunyai sel seperti ini. Sel mata akan kekal sebagai sel mata dan sel buah pinggang akan kekal sebagai sel buah pinggang. Namun sel tumbuhan mampu mewujudkan apa juga sel yang dikehendaki oleh tumbuhan.
Oleh itu jika ada beberapa bahagian pokok yang mati, maka bahagian lain akan mengeluarkan bahagian yang baru. Menurut saintis, pokok yang paling tua berusia 4,900 tahun terletak di barat Amerika yang dikenali sebagai pokok pain bristlecone.
Sumber: Majalah Estidotmy
Adakah Pokok Berhenti Membesar? Pokok tidak pernah berhenti membesar. Setiap tahun ia akan mengeluarkan lebih banyak cabang dan semakin membesar. Malah ada yang mengatakan bahawa pokok akan membesar selama-lamanya. Namun begitu pokok akan mati jika ia terkena penyakit dan diserang serangga tetapi jika ia sihat iaA akan terus membesar. Terdapat pokok yang cepat membesar tetapi tumbesara...
Continue ReadingMonday, November 16, 2015
Sumber Maklumat: Fomca
Pengguna-pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu Kesedaran untuk mengkritik Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna. Penglibatan dan tindakan Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil. Tanggungjawab...
Continue Reading
Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
- Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
- Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
- Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
- Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
- Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
- Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen melalui ejen insurans yang sah.
• Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
Buat perbandingan kadar premium
• Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.
Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
• Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.
Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
• Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.
Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
• Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.
Periksa tarikh insurans anda berkuat kuasa
• Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.
Isi borang permohonan anda dengan teliti
• Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.
Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans
• Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.
Baca polisi anda apabila anda menerimanya
• Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.
Sumber: Info Insurans
Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful. Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya. Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan. Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda. Mem...
Continue Readingkepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.
-
"Anda hanya perlu mengeposkan kepada .. orang yang kemudiannya akan membuat deposit kedalam akaun anda....."
Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu wang terkumpul dalam akaun anda...."
Dijamin tiada risiko, dan wang akan dipulangkan kembali. -
Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;
-
Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan
-
Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).
-
Diantara skim cepat kaya yang terdapat di Malaysia adalah Pak Man Telo, Labu Peram (Sekitar 1980-an), Linggam Telo (1990 Lembah Klang), Skim 350 (1980-an Kulim, Kedah), Platinum Lane Sdn Bhd (PLSB) (1991 Kulim Kedah), dan Sri Emas Enterprise.
-
Kebanyakan penganjur skim cepat kaya yang melaksanakan skim urus niaga mata wang asing haram melaksanakan skim mereka secara berikut:- [1]Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
-
Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);
-
Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;
-
Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;
-
Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan
-
Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .
-
Di Malaysia, mereka yang menjalankan Skim Cepat Kaya melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. Mereka yang sabit dengan kesalahan dibawah akta tersebut boleh dihukum hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya.
-
Selain itu, dari segi agama Islam, mereka yang memakan hasil skim cepat kaya adalah memakan hasil yang haram, (setaraf dengan makan babi).
Sistem Piramid Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen....
Continue ReadingKanak-kanak belajar mengendalikan sesuatu objek dan meneka fungsinya sedari kecil. Ini antara sebab mengapa keselamatan dan kesesuaian alat permainan itu penting. Pilihan alat permainan harus sesuai umur kanak-kanak juga tingkat perkembangan dan bakat mereka. Keadaan fizikal, sosial dan pendidikannya juga harus diambil kira dalam hal ini.
Kemalangan ketika bermain alat mainan sering disebabkan tiga punca utama:
- Penyalahgunaan, seperti apabila blok kayu dilontarkan kepada seseorang.
- Tidak sesuai, seperti apabila set bahan kimia diberikan kepada anak berusia enam tahun atau guli diberikan kepada anak berusia tiga tahun.
- Barangan tidak selamat iaitu mainan kayu yang berselumbar atau anak patung yang pinnya terkeluar.
- Dengan mengetahui bagaimana kemalangan berlaku, ibu bapa boleh membantu mengelak kemalangan dengan memilih alat permainan yang dapat menjauhkan kanak-kanak daripada ditimpa kemalangan.
- Beg plastik yang selalu ditinggalkan berselerak di merata rumah dan sering dianggap tidak mendatangkan masalah, boleh melemaskan kanak-kanak jika mereka menyarungnya pada kepala dan muka.
- Ibu bapa harus menilai barang mainan yang dibeli untuk anak-anak. Alat permainan adalah kemestian dan kanak-kanak banyak belajar melaluinya tetapi ia tidak perlu menggugat keselamatan dan kesihatan mereka.
- Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai bayi atau kanak-kanak prasekolah.
- Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna. Contohnya, tayar kereta mainan atau kapal terbang dan juga mata anak patung dan butang anak patung yang senang dicabut. Kanak-kanak gemar memasukkan benda-benda ini ke dalam mulut. Sebarang bahagian tertonjol harus tumpul dan tidak boleh mencederakan.
- Alat mainan sepatutnya tidak boleh pecah meninggalkan kesan tajam atau selumbar. Begitu juga barangan plastik yang boleh dilentur.
- Pastikan tiada pin atau dawai kokot terlekat pada alat mainan terutama anak patung.
- Permainan stuffed toys harus menggunakan bahan bahan yang tidak mendatangkan alahan atau alergi. Pastikan alat permainan tidak menggunaka cat bertoksid.
- Alat permainan sepatutnya boleh dicuci untuk memastikan ia tidak terlalu kotor dan mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
- Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah ditelan.
- Pastikan tali yang diikat pada alat mainan tidak melebihi 30 sentimeter panjang. Tali yang melebihi ukuran ini boleh menyebabkan kanak-kanak terbelit leher mereka dengan mudah.
AWAS! ADA ALAT PERMAINAN GUGAT KESELAMATAN Pemilihan alat permainan tidak harus dipandang ringan. Walaupun alat permainan sepatutnya menyeronok dan menghiburkan, tidak semua dimainkan sebagaimana tujuan alat mainan itu dicipta.Kanak-kanak belajar mengendalikan sesuatu objek dan meneka fungsinya sedari kecil. Ini antara sebab mengapa keselamatan dan kesesuaian alat permainan itu penting...
Continue Reading1. Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari.
2. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit.
3. Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air peralatan tersebut.
4. Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan.
5. Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama.
6. Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan kenderaan.
7. Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga.
8. Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan berkumur.
9. Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian.
10. Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin basuh.
11. Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran
Sumber: Berita Harian
1. Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari.2. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit.3. Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air peralatan tersebut.4. Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga dari...
Continue ReadingTabiat menabung mesti dipupuk dari kecil lagi Tabiat menabung perlu dipupuk dari awal. Sikap ini mesti diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Menabung dikategorikan dalam beberapa jenis. Di antaranya:a) Menyimpan wang tunai ke dalam tabung khas di rumahb) Membuka akuan simpanan peribadi atau bersamac) Membuat pelaburan dengan saham amanahd) Menabung dengan tabung hajie)...
Continue ReadingTelefon Bimbit kini dimiliki hampir semua individu sama ada yang masih belajar, pekerja, tua atau muda tetapi secanggih mana sekalipun telefon, ia tidak bermakna jika individu yang menggunakannya tidak bijak mengendalikan panggilan yang diterima, apatah lagi sehingga menganggu orang lain. Pastikan TujuanPastikan anda tahu tujuan membuat panggilan supaya tidak menyusahkan orang yang dihubugi. Jika...
Continue ReadingThursday, November 12, 2015
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
●Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
● Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
●Menandakan penyakit migrain.
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
● Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
●Tanda sakit jantung.
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
Cirit-birit dengan serta merta selepas makan, mungkin menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Membersihkan toksin dari usus kecil.
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
● Menandakan luka di dalam badan.
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
● Proses melancarkan pengaliran darah.
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
.Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
..Sistem paru-paru yang lemah.
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.
Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. KEBAS TANGAN : ● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : ●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. KEBAS KAKI :...
Continue ReadingWednesday, November 11, 2015
Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
- Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
- Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan. Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan sebagainya.
Status Tanah
Pastikan status tanah sama ada:-
- Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
- Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
- Rezab Melayu. * Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.
Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai maklumat berikut:-
- Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;
- Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;
- Nama dan alamat : i) Pemaju perumahan berlesen ii) Ejen-ejen yang diberi kuasa [jika ada] iii) Pemegang surat kuasa wakil [jika ada] iv) Syarikat pengurusan projek [jika ada]
- Status tanah: i) Bebas ii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan iii)Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
- Dekripsi kedudukan : i) Spesifikasi bahan binaan rumah ii) Luas bangunan iii) Kemudahan / perkhidmatan
- Nama projek perumahan, jika ada;
- Tarikh projek perumahan dijangka siap;
- Harga jualan setiap jenis rumah;
- Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan
- Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan nombor rujukannya.
Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah
Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
Bayaran Pertama
Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama. Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.
Perakuan Arkitek
Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.
Faedah Yang Dikenakan
Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.
Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli
Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.
Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur
Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi.
Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:
a) Bagi tanah dan bangunan
.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.
b) Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.
Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan
Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-
Bagi tanah dan bangunan
(i) Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan.
(ii) Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan.
(iii) Pembelii hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
(i) Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil.
(ii) Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.
(iii) Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.
(iv) Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju.
Ingatan:-
Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.
Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.
Pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%) daripada bayaran perkhidmatan.
Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.
Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain
Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.
Tempoh Pemilikan Kosong
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).
Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)
- Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan pemilikan kosong.
- Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong.
(i) Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:
b. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
(ii) Pemaju telah memohon:
a. Pengeluaran CFO melalui Borang E *
b. PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan diterima oleh PBT. * Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO.
Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT berkenaan.
Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.
Bayaran Gantirugi
Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.
Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.
Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi
Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli. Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.
Pertanyaan atau Aduan Perumahan
Anda boleh menghubungi :
Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR
No.Tel : 03 - 20947033
No.Fax : 03 - 20925049
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Artikel dimasukkan pada 12 Mei 2011
Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli RumahSebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasaMempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa Kenal Pasti Jenis RumahSurat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah...
Continue ReadingPerpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
WebOpac Pencarian Buku (Ibu Pejabat)
WebOpac Pencarian Buku (Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah)
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2025
(437)
- ► March 2025 (63)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
▼
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
-
▼
November 2015
(27)
- Banjir
- Persediaan Hadapi Banjir
- Petanda Tanah Runtuh
- Tanah Runtuh
- Ekspo Buku Malaysia 2015 kembali lagi..
- Rumah-Rumah Kebajikan Yang Ada Di Sekitar Malaysia
- Panduan Mengundi
- Jangan Tinggalkan Kanak - Kanak Sendirian Dalam Ke...
- Hendak Melintas ataupun Tidak ?
- Tarikh Pemberian Khas Tahun 2015
- Gerhana
- Tempoh Pembentukan Lapisan Pertama Tanah Bumi
- Mengapa Belon Yang Diisi Helium Cepat Mengecut?
- Adakah Pokok Berhenti Membesar
- Tanggungjawab Pengguna
- Tip Insurans
- Skim Cepat Kaya
- Ada Alat Permainan Kanak-Kanak Gugat Keselamatan
- Panduan Penjimatan Air
- Menyemai Tabiat menabung
- Etika Menjawab Telefon
- Kenali jenis sakit di bahagian tertentu pada badan
- Panduan Kepada Pembeli Rumah
- Tip-Tip Menjimatkan Tenaga
- Faktor-faktor kegagalan pengucapan awam
- Tips dan amalan untuk menenangkan diri semasa peng...
- Jualan Gudang Karangkraf Akhir Tahun 2015
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
1. Lakukan Pemeriksaan Mata Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setah...
-
Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana; Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap...
-
Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang or...