Kegagalan
telah menghalang ramai individu sehingga mereka mengaku kalah sebelum
mencuba. Mengapa itu berlaku? Ini adalah kerana mereka tidak mampu
menerima terminologi di mana ada kemungkinan untuk gagal.
Sebahagian
individu benar-benar tidak pernah berani mencuba kerana terhalang
oleh rasa takut gagal telah menguasai pemikiran dan tindak tanduk
mereka.
Setiap
hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah
sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak
percaya diri dan penuh keraguan.
Mahukah
anda tergolong dalam golongan seperti ini? Pastinya tidak. Jadi,
semaikan sifat-sifat positif dalam diri agar anda berani menerima
kenyataan bahawa kegagalan adalah proses pembelajaran yang akan
dilalui oleh semua individu. Tangani dengan positif dan bangkit
daripada kegagalan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...