MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, January 7, 2014

IMPAK KETAWA PADA BIOLOGI TUBUH

 


TAHUKAH anda, manfaat ketawa 100 kali atau lebih sama dengan anda melakukan senaman aerobik selama 10 minit. Jadi ketawa sebenarnya bukan sekadar 'menghidupkan' emosi tetapi kesannya lebih daripada itu – mengubah biologi tubuh secara sementara dan meningkatkan tahap kesihatan. Ketawa memberi kesan kepada otak, paru-paru, mata, jantung, otot, hormon dan emosi.

OTAK
Ketawa mencetuskan rangsangan pada bahagian utama otak dan tubuh. Signal akan dihantar bagi meningkatkan fungsi paru-paru.

PARU-PARU
Otot dada dan diafragma akan mengecut, memaksa udara keluar daripada paru-paru melalui saluran pernafasan dan larinks. Peti suara anda akan bergetar dan mengeluarkan bunyi haha atau hoho.

MATA
Jika perkara yang ditertawakan cukup lucu, mata anda akan berair.

JANTUNG
Kadar degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat ekoran permintaan terhadap oksigen yang tinggi untuk dibekalkan kepada paru-paru dan organ tubuh yang lain.

HORMON
Ketawa merembeskan endorfin, hormon yang sama dihasilkan sewaktu bersenam. Selain ketawa juga 'menekan' penghasilan hormon kortisol yang sering dikaitkan dengan kemurungan dan kelesuan.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia