Diri
anda ialah diri anda dan tetap unik berbanding orang lain di
sekeliling anda. Ada masanya anda selalu mengkritik diri sendiri dan
menganggap anda tidak sebaik dan tidak sesempurna orang lain.
Anda
selalu melihat orang lain itu sempurna dan ingin menjadi seperti
mereka sedangkan ada kalanya tidak perlu kerana anda juga ada
kehebatan anda sendiri yang tidak anda ketahui.
Ada
masanya anda mahu berubah tetapi anda tidak tahu dan tiada panduan
berubah ke arah lebih positif. Anda perlu mengenal diri sendiri untuk
melawan musuh dalam diri anda. Jadilah diri anda sendiri, dan jika
anda ingin berubah, ikutlah kesesuaian dan ia penting untuk diri
anda, bukan nampak seperti memaksa atau terpaksa.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...