MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, July 6, 2012

Jimatkan Penggunaan Air




Kebanyakan orang pada masa ini tidak tahu menghargai kepentingan air. Apabila membuka pili air, air sedia ada; apabila ingin menjirus tandas, air sentiasa ada. Oleh sebab itu, ramai orang yang mengambil mudah tentang kepentingan air dan sering membazirkan air sehingga menyebabkan bekalan air kian berkurangan sehingga mencapai tahap yang membimbangkan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencadangkan bahawa jumlah keperluan air bagi setiap individu ialah 165 liter sehari. Namun begitu, penggunaan air oleh rakyat Malaysia mencatatkan sehingga 300 liter sehari, iaitu hampir dua kali ganda daripada yang dicadangkan oleh PBB. Jumlah air yang digunakan ini dapat menampung keperluan air bagi enam orang rakyat Sudan.

Kebanyakan air yang digunakan oleh rakyat Malaysia adalah untuk membersihkan tandas, mandi, mencuci kereta, membasuh pakaian, mencuci lantai, menyiram bunga dan sebagainya. Sekiranya penggunaan air secara berlebihan ini dapat dikurangkan, matlamat untuk menjimatkan penggunaan air akan tercapai.

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah meramalkan bahawa pada tahun 2025, sebanyak 1,800 juta warga dunia terpaksa hidup dalam keadaan ketiadaan air, malahan hampir dua pertiga daripada penduduk dunia akan menghadapi masalah kekurangan air.

Mengapa Kita Perlu Menjimatkan Air?
  • Penjimatan air secara amnya bertujuan untuk:
  • Wang - Penjimatan air dapat mengurangkan bayaran bil air bulanan.
  • Tenaga- Mengurangkan penggunaan tenaga untuk tujuan rawatan dan pembekalan air ke rumah
  • Alam sekitar - Mengurangkan pembinaan empangan yang menyebabkan kemusnahan hutan dan habitat haiwan. Di samping itu, jumlah tangki air, loji penapisan air, loji pengedaran air serta loji rawatan air juga dapat dikurangkan secara tidak langsung. Anda boleh memainkan peranan dengan mengelakkan daripada berlakunya perahan air secara berlebihan kerana ini boleh menyebabkan hakisan dan kemerosotan sumber air.
Cara-Cara Untuk Menjimatkan Air
  1. Tandas:
    • Menutup pili air semasa memberus gigi. Gunakan cawan untuk mengisikan air ketika berkumur.
    • Menutupkan pili air pancuran apabila menyabun badan.
    • Mengurangkan masa mandian.
    • Mencuci lantai tandas dengan menggunakan mop dan baldi air. Elakkan penggunaan pemercik air.
  2. Dapur:
    • Membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan dalam singki. Air basuhan tersebut boleh digunakan untuk menyiram bunga.
    • Elakkan mencuci pinggan dengan aliran air yang berterusan. Sebagai ganti, gunakan dua singki yang mengandungi air. Satu singki digunakan untuk membasuh dan singki yang kedua untuk membilas.
    • Jangan menggunakan aliran air secara berterusan untuk mengenyahbekukan makanan. Makanan tersebut sepatutnya dikeluarkan daripada peti sejuk selama semalaman
Untuk mendapatkan tip-tip penjimatan air yang lain dan juga makluman lanjut, sila layari laman sesawang Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) di(www.kkk.org.my), salah satu kempen anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

2 comments:

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia