Pertama, mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana
sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Quran
bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya
yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk
menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan
bertaubat akan segala dosa- dosanya.
-
Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan
diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas.Mintalah
bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita
menghafal ayat-ayat suciNya.
-
Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari)
untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik adalah pada waktu
yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.
-
Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal.Ini
membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada
helaian muka surat ayat yang kita ingin hafal.(mind snapshot)
-
Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang
menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula
dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)
-
Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita
gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah
biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.
-
Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita
menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai
urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan.
Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita masih belum
terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal
ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita
masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.
-
Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam
solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah bantuan
rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan
ayat-ayat itu .
-
Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik
apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu
sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di
antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal
dengan baik.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...