Friday, November 23, 2012

Khasiat Daun Betik Yang Jarang Diketahui



Khasiat Daun Betik Yang Jarang Diketahui
Jika dahulu kita sudah mengetahui apakah khasiat buah betik, kini rupa-rupanya daun betik juga berupaya merawat penyakit dan dijadikan sebahagaian ramuan dalam masakan.
Khasiat daun betik ini antaranya mampu merawat demam malaria, boleh memperbanyakkan susu badan, dan boleh memperbanyakkan susu badan. Jom kita ketahui bagaimana untuk menggunakan daun betik ini.

Merawat Demam Malaria
Bagi sesiapa yang menghidap demam malaria, selain daripada berubat dengan kaedah moden, boleh juga diikhtiarkan seperti mana amalan perubatan tradisional.
Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan tu dicampurkan pula dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika. Mandikan pesakit dengan air daun betik nie selama dua atau tiga kali sehari. Kalau tak dapat nak mandi tu, lapkan ke seluruh badan. InsyaAllah, ikhtiar nie dapat membantu menyembuhkan demam malaria yang dihidapi.

Memperbanyakkan Susu Badan
Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak dengan susu badan (breastfeeding) tapi merasakan susu badan tu kurang, cuba amalkan minum air rebusan daun betik. Amalan minum air rebusan daun betik dipraktikkan oleh kebanyakan wanita dahulu untuk memperbanyakkan air susu.

Satay Lebih Empuk dan Wangi
Bagi sesetengah pembuat satay, lazimnya daging satay yang telah siap digaul dengan perencah akan dibungkus dengan daun betik selama satu jam. Dengan cara ini, dagung satay tu akan menjadi empuk dan berbau wangi apabila dibakar.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...