MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, November 2, 2012

Info Kesihatan : 5 Penyakit Utama Di Malaysia



1. Sakit Jantung
Sakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia dan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi serangan jantung koronari anda. Punca penyakit jantung boleh dibahagikan kepada faktor boleh ubah dan tidak boleh ubah. Gaya hidup tidak aktif, tahap kolesterol tinggi, gaya ambilan makanan tidak sihat dan kegemukan adalah faktor boleh ubah manakala faktor tidak boleh ubah adalah sejarah keluarga. Sakit jantung juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang. Penyakit jantung koroner merupakan paling tinggi dihidapi berlaku apabila pembuluh arteri tersumbat sekaligus melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung.

2. Berat Badan   
Sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan adalah berisiko tinggi jika turut mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis (diabetes) dan penyakit jantung, sekaligus boleh menyebabkan kematian awal. Berat badan akan bertambah apabila seseorang makan terlalu banyak iaitu melebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan. Kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak, seterusnya terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12-19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Masalah ini lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin. 

3. Penyakit Avian Influanza (H1N1)
Influanza A (H1N1) mula dikenalpasti pada 24 April 2009 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan penyakit ini sebagai krisis kecemasan kesihatan antarabangsa. Penyakit yang lebih dikenali sebagai 'selesema burung' ini dianggap mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi wabak yang akan merebak. H1N1 ini merupakan penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebarkan oleh manusia dan telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutama di Mexico dan Amerika Syarikat. Virus Influanza H1N1 ini adalah sejenis virus yang baharu dan terhasil daripada ressorment iaitu percampuran genetik virus influanza babi, burung dan manusia.

4. Penyakit Talasemia
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal. Penyakit talasemia menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah, kekurangan sel darah merah yang normal menyebabkan pesakit tersebut sering kelihatan pucat disebabkan oleh paras hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen dan gen tersebut diwarisi daripada ibu dan bapa. Oleh itu, penyakit talasemia dikatakan sebagai penyakit keturunan atau genetik kerana penghidap penyakit ini mewarisi gen ayah atau ibu yang menghidap talasemia. Selain itu, penyakit talasemia tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara, air, melalui sentuhan fizikal dan juga kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan. Di Malaysia, pembawa gen talasemia adalah dalam lingkungan 3-5% atau satu dalam 20 orang dan dengan itu dianggarkan seramai 600,000 hingga satu juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.

5. Penyakit kencing manis
Penyakit kencing manis berlaku apabila kadar kandungan gula dalam darah berlebihan dan hormon insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga berkurangan. Makanan berkanji dan bergula dalam perut dipanggil makanan karbohidrat akan ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang menghidap kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa sekaligus mengakibatkan glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing.

1 comment:

  1. Faktor Utama kebanyakan penyakit adalah daripada makanan yang kita ambil. Jenis makanan dan jumlah yang diambil perlu diberi perhatian.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia