Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide
pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk
mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi
mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin
yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus
dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat
baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Anti-inflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih
mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit
asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid
atau pun osteoarthritis.
Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa
pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga
minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan
jangkitan dan tumor.
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di
dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam
saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...