Antara
kesalahan terbesar yang dilakukan oleh kebanyakan orang yang bersukan
ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu
sebelum melakukan aktiviti tersebut.
1. Mengelakkan Kecederaan
Rata-rata
dari kita tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan
kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan.
Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum
ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga
dengan tubuh kita. Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan
mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
2. Meningkatkan Prestasi
Mengikut
kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan
didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding
mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang
melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak
kedalam otot menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan
untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.
3. Mengelakkan Kekejangan Otot
Seperti
yang saya terangkan diatas aktiviti memanaskan badan membuatkan darah
mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa
nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan
kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan
otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan
sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.
4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung
Memanaskan
badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan
melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar
lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia
tidak “terkejut” dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba.
5. Mengurangkan Kadar Keskitan Selepas Bersukan
Kadangkala
apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan
kapisiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan
merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokkan harinya. Ia
merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan
memanaskan badan terlebih dahulu anda dapat mengurangkan kesakitan
selepas bersukan.
6. Membantu Anda Untuk Tahan Lebih Lama
Apabila
kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik.
Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan
membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan
dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan
menyebabkan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau
bersenam.
7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus
Secara
psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Kita
dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti
menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih
fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan anda akan
menjadi lebih relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat
membantu anda memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...